Selamat Tinggal Sayang OST

Wednesday, July 25, 2012

Prolog

You were special part of my life That I will never forget
A part of my life that broke my heart
But that, I don’t regret
You gave me some happy memories
That I’ll keep in my heart
Although sometimes I wish that you and I Didn’t have to part
You were my first love and my true love
That will always be so
After all the heartache, sadness and Never ending pains,
 I know You and I had something special
 And that will never change Because I love you,
and loving someone Else will always seem strange

 July, 2005.
 Normal p.o.v.
 Adam Khalis membuka matanya perlahan-lahan. Sinaran matahari yang menerobos masuk melalui cermin bilik tidurnya memedihkan mata. Dia kemudian memejamkan kembali matanya. Tangan kirinya digerakkan perlahan-lahan. Meraba-raba mencari sesuatu. Matanya yang tadi terpejam rapat kini terbuka luas. Dia bangun dan mendapati sebelah kiri katilnya kosong tidak berpenghuni. Jantungnya lantas berdegup dengan pantas. Pelbagai andaian bermain di fikirannya.
 ‘Mungkin di dapur’ hati kecilnya mendesis.
 Cuba menyedapkan hati sendiri. Jam loceng bulat bewarna merah terang itu dilihat sekilas. Sudah jam 8.00 pagi. Hatinya berbunga riang seketika. Segala imaginasi dan andaian buruk yang menghantui mindanya tadi hilang serta merta.
 “Mai, kenapa bangun tak kejutkan abang. Abang dah lewat nak pergi office ni” laung Adam.
 Hatinya riang memikirkan isterinya yang sedang menyiapkan sarapan di dapur. Lantas jubah mandi biru muda miliknya diambil dan disangkutkan ke badan tegap miliknya. Dia mengerling ke arah jubah mandi merah jambu milik Humaira. Kebiasaannya isterinya itu hanya memakai jubah mandi sahaja kalau ingin memasak sarapan. Tanpa berfikir panjang, Adam memulas tombol pintu bilik tidurnya dan menuruni anak tangga. Menuju ke dapur. Namun, dia hairan kerana tiada bunyi orang memasak atau bau makanan yang dapat dihidu. Sekali lagi jantungnya berdegup rancak.
 “Mai..” panggilnya manja.
 “Mai, abang tak sempatlah nak main hide and seek dengan Mai. Abang dah lambat, sayang..” ujar Adam lagi.
 Perlahan-lahan dia berjalan ke dapur. Namun, isterinya tiada di situ. Lantas, dia berlari ke seluruh kawasan rumahnya. Mencari isterinya. Namun, gagal dijumpai. Dengan hati yang sudah mulai gundah dan perasaan yang lemah, dia menaiki tangga dan menuju ke bilik tidurnya. Apabila dia menoleh ke kanan, barulah dia perasan akan almari kaca milik Humaira yang sudah kosong. Dibukanya pintu almari itu seluasnya. Dibuka juga laci almari itu satu persatu. Namun, tak ada satu pun yang tinggal. Adam hairan, bagaimana dia boleh tidak perasan. Seingatnya, dia bukanlah jenis yang tidur mati. Lantas pandangan matanya tertumpu pada gelas yang terletak di atas meja solek isterinya itu. Patutlah dia mangantuk selepas minum susu dari gelas itu semalam. Rupanya telah diletak ubat tidur. Adam menunduk. Hatinya remuk. Dia bersandar pada almari kaca itu. Memeluk tubuhnya sekuat hati. Setitis airmata mengalir di pipi. Dia bangun perlahan-lahan menuju ke arah meja kecil di sebelah kanan katilnya. Gambar perkahwinan yang di ambil setahun lalu diambilnya. Dipeluknya sekuat hati.
 “Mai tak tinggalkan abang, kan?”
 “Mai tak akan buat abang menderita, kan sayang?”
 “Mai tak tinggalkan abang, kan? Takpelah, abang akan tunggu Mai sampai Mai balik semula pada abang” “Abang tetap tunggu Mai…”

                                                                                                                                                                    2 minggu kemudian..
 July, 2005.
 Adam melihat Humaira yang manis berbaju kurung warna merah. Sehelai tudung hitam terletak kemas dikepala. Ditenungnya Humaira setajam yang mungkin. Dia berharap agar Humaira dapat membaca hatinya yang menjeritkan nama Humaira. Betapa rindunya dia pada Humaira hanya tuhan sahaja yang tahu. Dua minggu isterinya menghilang. Dan akhir sekali dia mendapat panggilan telefon dari Humaira yang menyuruhnya ke Pejabat Agama ini.
 “Abang, Mai harap abang boleh tunaikan permintaan Mai ni” ujar Humaira lembut. Sehelai sampul surat coklat dihulurkan.
 “Apa ni Mai?” keluh Adam.
Beberapa helai kertas dikeluarkan dari sampul surat itu. Dokumen penceraian itu ditenung kosong. Dia rasa bingung. Mereka tidak ada masalah. Bertengkar sekali-sekala itu asam garam rumah tangga. Tetapi, kenapa dengan tiba-tiba Humaira ingin bercerai dengannya. Dia ingin mengoyakkan dokumen itu tetapi dihalang Humaira.
 “Abang, tolong Mai. Don’t make things harder for us. Mai mintak supaya abang lepaskan Mai. Tolonglah…”
 “But why Mai?Why? Kalau abang ada sakitkan hati Mai abang mintak maaf. Tapi takkanlah sampai bercerai? “
 “Abang Adam, tolong. Kalau boleh kami nak hal ni selesai secepat mungkin..”Ujar Haikal, adik lelaki Humaira dengan tegas.
 “Carl tolonglah abang. Abang tak tau apa salah abang pada kakak Carl. Tapi, abang pasti kalau ada masalah, masih boleh dibawa berbincang. Penceraian bukan jalan yang terbaik..”ujar Adam lagi.
Dia berharap agar fikiran Humaira berubah. Suasana sepi seketika. Humaira hanya merenung Adam tanpa berkata apa-apa.
 “Atau Mai dah ada lelaki lain? Macam tu?”
 “Kalau abang nak anggap macam tu, so be it. Mai tak kisah. Mai hanya nak abang lepaskan Mai, secepatnya” tegas Humaira berbicara.
 Pandangan matanya tajam. Langsung tiada emosi yang terlukis di wajahnya.
 “Jadi betul tekaan abang selama ni. Mai curang dengan abang. Sebab itu kedai bunga Mai dah tutup. Abang cari Mai di rumah ayah Mai, Mai tak ada. Rupa-rupanya Mai dah sebumbung dengan lelaki tu ye! Ok, kalau penceraian yang Mai nak, abang akan tunaikan. Abang bukannya dayus nak terima isteri nusyuz macam Mai!”
 “Abang Adam!” tempik Haikal marah.
“Tolong jangan hina Kak Mai”
Ditenungnya tajam dua beradik ini.
 “Aku akan tunaikan permintaan kau. Aku akan ceraikan kau dengan talak satu dan aku harap aku takkan jumpa kau lagi!” ujar Adam kasar.
 Dia benci untuk terus bersopan dengan Humaira. Dia jadi geram melihat wajah Humaira yang selamba itu. Seperti tidak berperasaan langsung. Hatinya pula yang sakit. Humaira sudah berjalan masuk ke pejabat agama itu. Adam lantas mengekori dari belakang. Hanya tinggal beberapa minit sahaja sebelum mereka akan berpisah. Namun, langkah Humaira terhenti di depan pintu pejabat Kadi itu. Tangan Adam disalami dan dicium sepenuh hati. Raut wajah Adam berubah.
 “Maafkan Mai. Halalkan makan-minum Mai selama Mai menjadi isteri abang. Mai doakan abang bahagia selalu…” Adam terdiam.
Bunyinya sangat ikhlas dan penuh kasih sayang. Dia lihat Humaira tersenyum manis ke arahnya. Dan entah bagaimana api kemarahannya yang membuak-buak tadi hilang dengan tiba-tiba. Dia berasa tenang melihat senyuman Humaira.
 Pintu diketuk.
 “Masuk” Mereka berdua masuk ke dalam bilik kadi itu.
 ‘Kalau ini yang terbaik, aku redha Ya Allah..’ keluh Humaira di dalam hati.

6 comments:

  1. penulis muda favourite aku dah start menulis balik ni. hahaha

    ReplyDelete
  2. menarik.............cepat smbg dek,tk sabar akak nk baca seterus nye....

    ReplyDelete
  3. I've also arranged many sizes of globes to produce ice sculptures while in the front yard. This Scrapbook Paper Christmas Tree is also a fantastic undertaking for using up leftover paper scraps from prior project (perhaps all of the Xmas cards you completed up presently. In case you are fortunate ample to get a fireplace mantel, decorating ideas for Christmas greatly increase as well as your options are vast.

    Here is my homepage Christmas decorating Service orlando

    ReplyDelete
  4. Where the smallest of points gave us happiness,
    incomparable. "Design Consultants" are permitted to operate
    when and how they please. Assume of your space as an outfit and accessorize your space within your
    mind.

    Also visit my blog post Boys Room Decoration

    ReplyDelete
  5. I'm gone to inform my little brother, that he should also go to see this blog on regular basis to take updated from latest news update.

    Stop by my website - quantrim purchase

    ReplyDelete
  6. This design is an ideal choice if you frequently read in bed.

    This is what will give one a good sleep through those long winter months.
    Brighten up the bedroom setting with gorgeous headboards
    and inspiring art.

    Also visit my web site topbedroomdecoratingideas.com

    ReplyDelete

comments