Selamat Tinggal Sayang OST

Tuesday, December 23, 2008

episod 10


Bab 9

Alamak, kena kawen!

-couple or trouble-

Hari pertama bersekolah selepas digantung selama seminggu memang malang. Macam-macam hal yang jadi. Start pagi sampailah sekarang.

Semalam aku ngan Jongos hantar harabuji pergi airport. Dalam kol 2 pagi baru balik rumah. Keesokannya, pukul 7 pagi baru terjaga untuk ke sekolah, sedangkan pagar sekolah ditutup pada pukul 7.30 pagi. So, aku ngan Jongos ada masa lebih kurang 30 minit lagi untuk ke sekolah. Aku pon cepat-cepat ke bilik Jongos. Ini lagi satu problem. Si Jongos ni kalau tidur tak ingat dunia.

“Jongos, bangun dah lewat ni”. Diam , Jongos tak bergerak lagi. Aku dah hot sikit. Aku golek-golek sikit badan Jongos. Harap-harap bangun, tapi…

“Jongos, bangun” aku menjerit di telinganya. Automatic bangun. Aku pon tinggallah dia. Aku pergi mandi, siapkan beg sekolah aku ngan Jongos. Aku pon pergi breakfast. Dah kol 7.20, tapi Jongos tak turun-turun. Aku rileks lagi. Habis makan, aku naik semula. Bila aku buka pintu..

“Jongos!!! Dah nak dekat kol 7.30 tahu tak. Kau tak reti bangun ke??” aku menjerit. Tapi, mamat ni tak bangun lagi. Aku hot tahap maksima. Aku pergi tandas. Ambik baldi.. aku tadah air. Lepas tu aku keluar dan simbah atas badan Si Jongos. Habis, basah lencun. Dia bangun.

“Kenapa atap rumah ni bocor..Pendek, kau nak pergi mana”

“Gi sekolah la ngok.. dah kol 7.25 tau tak. Kau nak pergi jumpa big boss lagi, ke.”

“Oh, sekolah dah ke. Tunggulah, aku nak mandi” ujarnya selamba. Rileks betul dia ni. Aku pon turun bawah pakai kasut.

Aku tengok jam, kol 7.42. Jongos tak turun-turun lagi. Aku baru bajet nak jerit, tapi Jongos turun dulu. Aku cuak tahap maksima, si Jongos ni selamba pulak makan pagi.

“Jongos, jomlah dah nak kol 8 ni. Kau ni tak reti takut, ke” marahku. Selepas itu, dia keluar dan naik k motor. Aku pon apa lagi, terus panjat motor dan terus ke sekolah.

Kitorang sampai tepat kol 8.13. Pintu tak tertutup lagi. Owh, hari ni Isnin, owg perhimpunan, that’s way pintu tak tertutup. Selesai bersalam ngan Jongos, aku pon marathon ke Nexus Square.

“Kenapa lambat, Cinta” soal Amira

“Ke, kau buat projek, semalam” teka Azira

“Ke, korang study sampai lewat malam, semalam. Sebab tu terlambat bangun” ujar Soleha pula. Kawanku yang seorang ini memang terlalu bersih otaknya. Sentiasa berfikiran baik pada orang.

“Aku tak take five lagi korang dah serang aku..biar aku relaks jap.” Aku tengok 3 witches depan aku ni happy jumpa aku.”Aku lewat bangun gara-gara Jongos tu la. Aku simbah ngan air baru reti nak bangkit”

“Kau ni cuba sopan sikit ngan Danish tu. Bila kau nak belajar panggil dia abang..or, just call him Danish. It would be ok, then. Ni tak Jongos memanjang. Buruk sangat nama tuh”

“Buat apa aku nak sopan dengan dia, Mira. Sia-sia bersopan ngan manusia macam dia tuh”

“Aku tengok dia ok jer..kau tak boleh ngat ngan dia, kenapa. Aku tak reti la korang ni.

“Masalahnya, aku tak boleh. Dia tu sengal, tau. Aku memang tak boleh. Kau suruh aku panggil dia apa tadi? Abang..please..nope and never”

“Jangan cakap besar, Cinta. Mana tahu suatu hari nanti, kau fall in love ngan dia. Cinta mati ngan dia. Kuasa tuhan, Cinta. Kita tak boleh lawan.”

“Arghh, aku dah solat hajat banyak-banyak supaya aku tak fall in love ngan dia”

“kalau kau in love ngan dia, macam mana”

“Mintak jauh. Lagipun aku kawen ngan dia sebab laen. Aku takut nak story kat kau.”

“kenapa?”

“Kau jangan pandang aku rendah tau, sebab semuanya paksaan mama aku. Aku tak rela, kau tau.” Ujarku. Apabila memikirkan hal ini, aku rasa sedey dan bersalah sangat.

“Kenapa kau nangis ni. Kalau kau bersedia, kau boleh cerita kat aku, kalau tak sedia lagi tak apa”

“Aku kawen ngan Jongos selain sebab aku pregnant sebenarnya sebab aku nak kikis harta dia. Mama aku yang paksa aku. Syarikat papa aku dah nak muflis. So, aku kena gunakan Jongos. Kau tau tak macam mana feeling aku waktu mama aku mintak ngan aku untuk buat macam tu. Aku rasa aku macam hina sangat. Tapi, aku tak boleh menolak coz syarikat itu tanda cinta papa kat mama aku. Aku pon tak sanggup kehilangan syarikat yang papa aku usahakan sepenuh jiwa raganya. Aku kena pertahankan, tapi aku tak sanggup khianati Jongos”

“Aku, tak sangka hidup kau akan secomplicated ini. So, kau rasa kau mampu buat tak”

“Mama suruh aku buat si Jongos tu fall in love betul-betul ngan aku. Cinta mati kat aku. Lepas tu, aku kikis dia, then tinggalkan dia. Kejam kan

“Sound horrible. Danish akan bencikan perempuan gara-gara hal ini. Tapi, kau yakin ke yang hanya Danish akan jatuh cinta dan kau kuat untuk melawan perasaan itu.”

“I won’t love him. I’ve set my mind. My love only for Kimi. You know that, Mira. Until the end of time, my love still with him”

“Aku doakan kau kuat untuk tolak rasa cinta yang mungkin hadir lepas ni”.

Selepas itu, aku ngan Amira lebih concentrate kepada isi perhimpunan. Hadiah pelajar cemerlang tingkatan empat tahun lepas disampaikan, siapa lagi menang kalau bukan si Jongos. Bijak betul dia ni. Ke, memang otak orang Korea macam tuh. Selepas itu, aku masuk ke kelas. Aku tengok tempat aku ada owg ambik.

“Owh, tempat kau budak baru yang ambik. Kau jaga-jaga sikit coz dia tu pun tak kurang cantiknya. Seminggu kat sini, dah ada peminat, tau”

“So, kenapa dia ambik tempat aku. Kan memang tempat aku kalau kat ceruk kelas ni. Dari dulu, kini dan selamanya. You should know that”

“But the problem now is, budak tu yang nak duduk kat belakang ni. Budak-budak kelas kita yang cadangkan. Coz tempat duduk kau yang baru ni sebelah Danish. So, budak kelas ni cadangkan kau duduk sebelah laki kau tu, faham”

“Sorry, ni Cinta ke” sapa seseorang. Aku tengok budak nih. Rendah sikit dari aku. Tapi comey gak.

“A’ah, kau sape, macam mana kau tahu nama aku”

“Sape tak kenal awak, Queen of Nexus. Nama saya, Ratu. Nice to meet you. Sorry kalau saya ambik tempat duduk Cinta. Tapi, ianya arahan cikgu Ruzy”

“Takpelah, takkan aku nak suruh kau duduk kat lantai pulak kan” ujarku. Eii, gedik ngat minah ni. Cakap ngan aku pon nak bergoyang-goyang. Apa dia ingat aku ni tergoda ke. Lepas si Ratu ke Raju entah nama minah tu pergi, aku sambung balik cakap ngan Amira

“Memang habit dia ke bergoyang-goyang gitu. Macam ostrich je aku tengok”

“Ratu tu memang ayu sket. Kau jagalah laki kau tu baik-baik ok.. coz laki kau tu yang paling glemer, comey ngan hensem sekali kat Nexus ni.” Selesai Amira kasi warning, cikgu cantik masuk. Aku gi duduk sebelah Jongos.

“Rindu kat korang berdua” kata cikgu cantik. Aku tak tau la ikhlas ke tidak. Jongos je yang layan cikgu tu. Pasal hantaran la, baju kawen la..aku rasa cikgu ni pergi jugak masa wedding aku dulu. Paling melampau sekali, soalan ni lah..

“Macam mana 1st night, Gong Chan. Happy , Cinta ni ok ke tidak”. Aku tengok muka Jongos merah. Dia tak jawab, aku buat daaak je..

Lepas tu kitorang bukak buku add math. Hari ni tajuk pasal theorem mende tau. Aku tengok si Jongos ni tekun giler. Tak berkelip langsung. Aku jugaklah yang tak tau apa-apa. Satu pon tak singgah kat otak aku. Sikit je cikgu cantik ajar, dia dah boleh buat semua latihan, aku terkebil-kebil sebelah dia.. aku tengok soalan satu. Bla..bla..bla..soalannya cari nilai X..aku start migraine..aku tengok Jongos dah siap dua latihan..Aku pon dengan muka seringgitnye tanya dia..

“Owh, senang je ni. Kau tengok betul-betul tau. Tak de siaran ulangan dah” aku tengok tangan ngan mulut bergerak sama laju. 30 saat dah siap 1 soalan.

“Kau explain pelan-pelan boleh tak. Aku tak dapat tangkap lagi la”

“Hish, yang kau lembab sangat ni kenapa. Aku dah pesan kan, masa aku explain, dengar, catat, bukannya tengok mende lain. Tengok ni”. Aku tengok dia ajar soalan no 2. still blur..

“Aku tak paham”

“Yang kau lambat sangat ni kenapa. Kau buat mende masa cikgu ajar tadi. Banyak kali aku ajar, tak paham-paham jugak. Meongcheongchan (bodoh)”. Aku tersentak. Aku faham maksud meongcheong chan tu coz aku pernah tengok cerita sweet spy..

“Kau cakap aku bodoh, kan. Aku mintak kau ajar aku bukannya buatkan untuk aku. Kau faham tak. Ke nak suruh aku translate ke Korea pula, sorry tapi aku ni meongcheongchan, so aku tak reti nak buat soalan senang yang kau cakap ni” tengkingku. Aku dah lupa aku kat mana sekarang ni. Aku tengok semua owg tengok aku yang dah pegang kolar baju Jongos. Aku lepaskan kolar baju tu kuat-kuat. Tanpa minta izin, aku terus blah dari kelas tuh. Sakit hati..

Danish masih shock. Dia mengakui silapnya. Aku mana tahu kalau si Pendek tu paham gak korea seposen.

“Cikgu, saya ke tandas jap” Tanya Danish

“Hish, susah kalau ada couple dalam satu kelas. Pergilah “

Aku panjat tangga tingkat tiga. Sengaja, aku pilih tandas yang jauh supaya Jongos tak dapat trace aku. Sampai kat tandas, terus aku nangis. Aku terasa ngat sangat kata-kata Jongos tadi. Aku rasa terluka giler dengan hinaan Jongos. Kebiasannya, aku kena hina lagi teruk, tapi aku tak tau nape tapi aku rasa hati sangat ngan Jongos. Aku amek handphone. Aku bukak folder picture. Gambar aku ngan Hakimi aku cium. Satu-satunya gambar aku ngan Hakimi. Kimi, aku sayangkan kau, kenapa aku kena kawen ngan Jongos jahat tu.

Tengah syok buat concert air mata, tiba-tiba pintu tandas ni terbuka. Aku cepat-cepat lari. Aku dengar owg panggil aku. Banyak kali..akhirnya aku keluar. Jongos meluru peluk aku. Aku nangis lagi.

“Chaesonghamida (sorry).. kata-kata aku tadi maybe meyakitkan. Aku tak sengaja”

“Tak, memang betul cakap kau aku ni bodoh. Lembab , tak pandai macam kau. Aku memang bodoh”

Ala, janganlah cakap macam tu. Aku rasa bersalah giler ni. Jangan nangis lagi. Sowy ok. Malam ini aku treat kau makan makanan Korea. Kita makan Kimchi. Biasanya orang pregnant suka makan kimchi. Stop nangis ok” ujarnya lembut. Jongos seka air mata aku yang mula mengering. Dia peluk dan usap belakang aku. Dia peluk aku.

“Jongos..”

“Kenapa? Kau sakit ke?”

“Aku..aku..lapar..hehe”

“Hohoho..lapar ye lepas nangis. Jom pergi café ”

Kat Nexus café, macam-macam aku makan. Nasi lemak, nugget, hotdog, burger, air orange, syrup..Aku tengok Jongos juz makan lakse penang je semangkuk. Selesai makan, kitorang pergi kat taman bunga yang ada di Nexus. Kat situ, Jongos petikkan ros putih untuk aku. Dia selitkan kat kepala aku.

“Cantik kau pendek. Macam cartoon jepun. Yippo(comey)”

“Baru kau sedar yang aku ni cantik.” Balasku. Aku tengok Jongos senyum,. Dia pegang dagu aku. Dia cium dahi aku. Hangat. Aku rasa best. Tapi tak puas hati coz sekejap je die kiss aku. Kiss la lagi!!

“Suka tak”

“Suka” balasku. Menyedari kesilapan kata, aku bersuara lagi, tetapi semuanya terlambat. “Eh..tak suka..tak suka..”

“Kau suka kan..” kata Jongos, selepas itu dia cium bibir aku. Lama.. Hujan turun. Tapi, Jongos tak berhenti kiss aku. Apabila baju kami basah lencun, barulah kitorang berhenti kiss dan lari ke pondok. Kat bawah tu Jongos bukak blazer dia. Pakaian rasmi Nexus pada hari isnin ialah, bagi lelaki, berseluar dan berkemeja serta berkot. Perepuan pulak berskirt, berkemeja dan berkot. Tapi, hari ni aku tak ingat nak pakai blazer.

“Sejuklah”

“Kau sejuk, Pendek. Nah ambik blazer aku nih.” Dia memakaikanku blazer hitamnya. Dia memeluk bahuku. Entah bila hujan bakal berhenti, aku juga tidak tahu…

“Saranghaeyo” bisik Jongos perlahan di teligaku. Entah apa maksudnya, aku jadi senang mendengar kata-kata itu..

No comments:

Post a Comment

comments