Selamat Tinggal Sayang OST

Tuesday, December 23, 2008

episod 3


Alamak, kena kawen!

Bab 3

-Rancangan bermula-

“Hoi Cinta sini jap” panggil Thuraisinggam a/l Sorekaram. Aku pelik. Apahal pulak anak keling sesat ni panggil aku. Aku pergi je dekat die. Jongos tengok aku pelik jer..

“Apa tengok-tengok, ada hutang ke”

“Geer ya kamu..bila masa aku tengok kau. Aku tengok…”

Ala, tak yah berdalih. Aku tau la aku ni cantik.. Malu nak mengaku aku ni cantik ye..” balasku laju secara tidak langsung memotong percakapannya

“Masalahnya aku tak tengok kau la pendek..tuh aku tengok announcement paper kat tangan cikgu Ruzy tu..”

Cikgu Ruzy- Nama betol Cikgu Ruziah. Ajar aku Bm. Subject paling bowink tapi aku skor A selalu..Garang tapi kadang-kadang baik bile kena dengan mood dia. Suke sgt beri ceramah motivasi percuma kat kitorang.. Tapi, bile kena suara Jongos je terus cair..

“Oh, ye ke..Err takpelah aku nak pergi kat Thuraisinggam jap” ujarku laju-laju. Aku lihat Jongos senyum. Malunyer.. cover-cover. Cop..cop.. Jongos senyum..Wow..1st time aku tengok dia senyum..comeynyer pipi dia jadi tembam..Kawan-kawan aku cakap kalau dia senyum muka dia macam Lee Dong Wook..tp aku tak tahu la coz aku tak kenal pown sape Lee Dong Wook tuh..Tapi Jongos memang comey kalau senyum..Eh, haram puji musuh..Tarik balik, hudoh sungguh si Jongos tu senyum sampai aku rasa nak jerit jer..Arghhh comeynyer

“Cinta kau pergi kat Nexus Squash Court. Geng kau nak jumpa”

“Ha, nak jumpa. Nak buat apa”

“Manalah aku tahu..masalah wanita kot”

“Masalah wanita?” soalku

“Kawan kau period kot then tak ingat bawak pad..hohoho..Danish bagus tak idea aku..”

“Bagus giler..tengok muka pendek dah merah..”

Kurang asam-masin jeruk mempelam betul dua ekor ni..Eiii nak je aku WWE bebudak due ekor ney..

“Cepatlah, banyak pulak kebocoran kawan kau nanti” jerit Jongos dari jauh..Ramainyer owg tengok.. Hakimi pon ade..kenapa dia mesti ada setiap kali aku dimalukan..huhuhu

Nexus squash court..

Azira selesai mengacau segelas cordial orange. Sepeket serbuk ditambahnya..

“Kau dah letak Zira..”

“Yes Mira..semuanya mengikut plan semalam”

“Good then..aku tak kira yang penting aku nak Cinta ngan Jongos jadi macam owg normal.. Tak terjerit-jerit, bertumbuk-tumbuk macam dulu..” ujar Amira tegas.

Perjalanan dari kelas 5 Nexus ke Squash court mengambil masa selama 15 minit. Selepas berjalan dengan penuh penat lelahnye, akhirnya aku tiba di court tuh. Aku tengok Azira, Amira dan Soleha sudah siap berpakaian rasmi cheersleader..Nak training ke..

“Hai geng” sapaku ceria

“Tak ada hai hai bye bye..pergi salin baju kitorang nak reka step baru..”. Amboi sedapnyer arah-arah aku. Jaga kau Mira. Setelah uniform merah hitam itu aku sarung, lagu Girlfriend nyanyian Avril berkumandang. Kami pon apa lagi..gile arr reka step baru.. Dua jam berlatih akhirnya aku dapat reka step baru yang diberi nama ‘Triangle love step’ . Formasi segi tiga pada masa yang sama juga membentuk love.

“Stop dulu arr..letih ney..Jom minum” ajak Soleha. Ada orang sebut pasal minum ke..Aja-aja!! aku nak minum air orange.

“Aik macam tau-tau je aku nak minum air mende”

“Kami kan kawan kau”

“Baiknyer kau Zira..I lap you” Tanpa lafaz Basmallah, aku terus minum air tu sampai habis.. yang peliknyer diorang tak minom pon. Tiba-tiba pandangan mataku kabur..aku nampak 3 witches depan aku ni jadi 6, 9 dan gelap..Aku pitam..

“ Hish gelojoh betol. Tak baca basmallah pon. Kau yakin ubat tu tak bahaya..”

“Tak Mira. Aku juz kasi ubat tidur je..Tapi dia ney overreact nampaknye siap pitam lagi..”

“Ini Cinta, Soleha..Cinta. Sape tak kenal. Penipu paling handal kat Nexus. Tapi dia memang betul-betul tidur kan..Jom proceed our plan”

Kelas 5 Nexus..

“Danish, Danish” jerit Soleha. Danish yang sedang khusyuk tidor terjaga..

“Kenapa cikgu disiplin call aku ke..”

“Taklah..tapi..lap dulu air liur kau tuh tak sanggup aku tengok..” Danish mengesat air liur yang ada di pipinya.”Cinta pengsan…dia pengsan..”

“Kau baru sebut si Pendek tu pengsan kan..ha, pengsan kat mana!!”

“Ikut aku..”.

“Mira target dah sampai…” Azira dan Amira mengeluarkan eye-mo dan titik kat mata. Wah, boleh ganti Fasha Sandha jadi pelakon air mata ney..

“Macam mana dia boleh jadi macam ney..” soal Danish sambil memeriksa nadi. Azira dan Amira bangun. Soleha datang bersama sehelai kain. Kain yang telah dititikkan chloroform..

“Danish aku mintak maaf” Jerit Soleha sebelum kain itu ditekup pada hidung Danish. Lama Danish melawan..Last-last pitam gak..Buang karen jer..

4 jam 33 minit kemudian..

Aku terpisat-pisat bangun. Kat mana nih..Ala gelap la pulak. Sejuk giler, temperature air-cond still 16. aku bangun dan ubah temperature jadi 24..Lega.. hangat siket. Eh, ni bukan rumah aku..ni squash court.. Aku bangun dan capai remote lampu. Semua jadi cerah semula. Ehh, mayat sape tuh.. Aku meluru ke arah sekujur tubuh badan…Jongos!! Nape ngan dia ney, mati ke..

“Jongos..wei Jongos bangun” ujarku. Badannya aku golek-golek siket. Aik tak bangun lagi

“Jongos bangun la..Bangun la..Jongos” jeritku di telinganya. Automatic bangun.

“Kita kat mana nih”

“Kat Korea..kuakuakua..kat Nexus squash court la bodoh.”

“Dah kol 8 malam. Jom arr balik” Aku membuntuti Jongos yang ingin membuka pintu. Tak boleh. Sekali lagi pon tak boleh. Jangan-jangan..

“Pendek, we’re in trouble..Pintu ni kunci”

“Mama.. Nak balik” serta merta aku nangis. Danish memukul dahi aku.

“Sakit bodoh..”

“Pendek boleh tak dalam sehari tu kau tak menipu. Mama konon padahal Hakimi…Uwekk”

“Eleh, cakap la kau jeles. Gigi jongang macam kau sape yang nak. Nak kiss pon tak boleh tau tak”

“Arghhh, takkan la aku kena tunggu esok baru boleh balik. Dahlah kena duduk dengan kau. Kau tahu tak aku janji dengan harabuji(atuk) aku nak tengok My Girl dengan dia..”

“My Girl?? Harabuji kau pon tengok pompuan lagi. Gatalnya”

“MY Girl tu bukan pompuan tapi..biarlah baik kau tak yah tahu” Biar betul minah ney..tak tgk ke Korean Drama.. Takkan cerite sikit punya hot pon tak tengok. Dahla muka hero tu macam muka aku nama pon dekat-dekat..Lee Gong Chan nama korea aku, Seol Gong Chan nama hero citer tuh..

“Wawawa..kesian Kimi tunggu aku kat mid valley..cian kat dia”

“Serabutnyer aku ngan pasangan ni..”

“Apa kau cakap..”

“Tak ada apa-apa Pendek..” balas Danish. Tiba-tiba..

GURLP..GURLP..

Ish, perut ney tak reti nak cover langsung. Aku tengok Jongos senyum..malunyer

“kau lapar ke? Aku ada snek siket”

“Tak pe la..Cop..cop.. kau ada sebut pasal snek ke..mana-mana..”

“Kejap lah gelojoh betol kau ney..nah amek ney” ujar Danish sambil menghulurkan kinder Buenos kepadaku. 2 batang coklat tu aku makan sorang je..setitik pon tak ingat nak bagi kat Jongos.

“Kau ingat tu chocolate kau ke..Sekuman pon tak bagi kat aku. Harga chocolate tu Rm 4.50. Bayar cepat..”. Ya Allah, berkira giler mamat sekor nih.

“Aku ingat kau bagi kat aku”

“Memang la aku bagi kat kau tp sebatang jer, bukan semua”

“Dasar cheapskate kau Jongos!” jeritku. Tiba-tiba guruh berdentum..Automatic aku peluk Jongos.

“Hisy, lepaslah!”

“Aku takut..”

“Kau nangis ke Pendek”. Jongos memeluk dan mengusap rambutku. Aku rasa selamat jer..”Kenapa kau nak takut ngat ngan guruh tuh. Bukannya dia nak panah kau pon. Kau duduk dalam bangunan kan bukannya tembus pun bangunan ney..Tapi kalau Tuhan nak kau mati dia boleh buat je bumbung bangunan ni meletup then panah kau. Aman hidup aku. Syyhh, diamlah jgn nangis-nangis. Guruh pon takut”

“Kau mana tahu perasaan aku bile dengar guruh tuh..Aku takut kau faham tak..takut giler” Jeritku. Guruh dan kilat datang serentak.

“HA….”Jeritku lantas memeluk Jongos sekali lagi.

Sementara itu di luar squash court, Azira dan Amira masih belom pulang.

“Tu dah senyap tuh.. Dah berdamai r tuh. Tutuplah cd bunyi guruh ngan kilat tuh. Nak pecah telinga aku” arah Amira.

Apa yang terjadi pada aku ngan Jongos kat dalam ek…Tunggguuuuuu je lah sambungan citer ney..


No comments:

Post a Comment

comments