Selamat Tinggal Sayang OST

Wednesday, December 24, 2008

episod 16


Bab 16

Alamak, kena kawen!

- When you’re gone-

Danish meninggalkan harabujinya di kamar. Dia sudah tidak pedulikan semuanya.

“Gong Chan, jangan pergi!! Jangan pergi!” jerit harabujinya.

Kunci skuter dicapainya. Dia keluar ke lift. Lama giler lift nih. Pendek, jangan tinggalkan aku tunggu aku. kalau kau pergi, aku mati nanti. Bosan menunggu lift, Danish mengambil keputusan untuk menuruni tangga. Selesai menuruni 27 tingkat tangga, dia ke terus ke skuter miliknya. Tidak lama kemudian, skuter ego pink-hitam itu berlalu meninggalkan condominium.

Kuala Lumpur International Airport

Aku meneliti ticket flight yang baru dibeli. Tiada penerbangan ke Korea hari ini. Hanya esok sahaja. Aku harus tinggal di mana?. Oppa, maafkan Iana, Iana terpaksa buat semua ni. Iana sayangkan oppa. Iana tak sanggup berpisah ngan oppa. Aku nekad. Biarlah aku lari ke Korea. Kerana tidak mungkin Jongos akan mengagak aku disitu. Air mata ini gugur lagi. Aku ke mesin air dan membeli secawan coffee Tiba-tiba…aku terlihat Jongos berlari-lari ke kaunter ticket. Pasti dia menanyakan aku.. tuhan, aku tak sanggup. Aku bersembunyi di sebalik tiang. Cawan plastic ini aku genggam sehingga coffee tu tumpah mengenai tanganku. Sakit dan panas, tetapi tidak sesakit luka di hatiku. Aku terduduk dan menangis sementara Jongos terus berlari-lari mencari diriku.

“Iana..jangan sembunyi. Oppa tahu Iana ada kat sini. Iana!! Jangan pergi tinggalkan Oppa. Oppa mati nanti!!” jerit Jongos. Oppa, maafkan Iana. Aku lihat Jongos terduduk dilantai sambil menangis. Rambutnya dikusutkan. Aku menangis lagi. Kali ini sehingga terhinjut-hinjut. Tiba-tiba Jongos bangun dan mendekati tiang tempat aku bersembunyi. Aku lantas ke belakang lagi.

“saranghaeyo!! saranganun totteunun-kachima (l luv u..pliz don't leave me)!!” jeritnya lagi. Tiba-tiba harabuji dan beberapa orang lelaki datang menghampiri Jongos. Lelaki itu berkot dan kelihatan kuat. Mereka memegang Jongos. Jongos melawan.

“Lepaslah. Lepas bodoh!! Kau tak faham ke!!”

“mian-haeyo Gong Chan” kata harabuji. Jongos memegang kaki harabuji.

“plizz harabuji. Plizz. Jangan pisahkan Iana dari saya. Harabuji!!” jeritnya

“Plizz don’t make it difficult” kata harabuji. Aku lihat semuanya. Jongos melarikan diri tetapi sempat ditangkap balik. Jongos meronta-ronta dan akhirnya dapat melarikan diri. Aku lihat harabuji membiarkan sahaja.

“Iana!! Mana Iana nak tinggalkan oppa!!” jeritnya sambil berlari. Tiba-tiba aku lihat Jongos semput. Aku lihat dia meraba-raba poket seluar dan bajunya. Inhaelernya ada dalam bagasiku. Oppa!! Tiba-tiba dia pitam dan dikerumuni ramai orang. Hampir sahaja aku berlari kearahnya, tetapi aku tersedar semula. Hanya air mata yang mengiringi Jongos yang diangkat oleh lelaki yang dibawa harabuji tadi..

“Tuhan, selamatkan dia!!” kataku sebelum rebah..

4 tahun kemudian..

Seoul, Korea..

Aku memandu melepasi rumah merah milik harabuji. Peristiwa 4 tahun lalu menerpa mindaku. Jariku dan Jongos bertautan tetapi, jodoh kami tidak lama. Di jalan kecil itulah aku menipu Jongos mengenai jari itu. Tapi..di sini memang tiada saudara mara, tetap aku bekerja sendiri membuka sebuah saloon. Kejadian 4 tahun lalu semakin kuat berputar di benakku. Oppa, Iana rindu. Khabar mama juga tidak pernah aku dengar. Di Negara orang, aku menumpang membawa sekeping hati yang terluka.

Aku mencapai teddy. Teddy itu aku cium dan peluk. Oppa, Iana rindu.

Kata-kata Jongos kembali berputar..

“Tak ada mananya aku nak nak rindu kat kau Jongos”

“Jangan cakap besar. Aku akan buat kau rindukan aku sampai nak pecah teddy ni kau peluk”

Air mata ini mengalir lagi. Saranghaeyo oppa!! Keretaku berlalu meninggalkan perkarangan rumah harabuji. Destinasi seterusnya, kimchi saloon. Tiba-tiba handphoneku berbunyi..

“Hello, harabuji??” sapaku dengan seribu persoalan.

Kuala Lumpur, Malaysia.

Athiqah memandang sahaja bosnya yang melintas dihadapan. Mengapa, Danish lalu tanpa bertanya mengenai isterinya?? Athiqah lantas bangun dan ke bilik Danish. Pintu bilik diketuk dan menunggu arahan dahulu sebelum masuk. Dahulu, dia dibentak gara-gara masuk tanpa menuggu arahan, tetapi kini, dia sudah serik. Pasti Athiqah akan menunggu perkataan..

“Masuk..” Athiqah memasuki ruangan pejabat Danish. Dia memandang wajah Danish yang sugul. Tidak pernah ceria sejak dia mula bekerja di sini, iaitu 4 tahun lalu.

“Ada apa??” soal Danish dingin.

“You tak tanya I lagi hari ni?? About Iana?”

“Sorry, I terlalu sibuk dengan kuliah sampai I lupa. So, any news??”

“Tiada setakat nih. Bila you graduate, Danish??”

“Two years more. Why??”

“Tak, harabuji you call from Korea and dia suruh you berhenti belajar dan tumpu pada bisness je”

“Tell him it won’t happened. I takkan berhenti belajar”

“And one more thing, harabuji you ada kat M’sia sekarang ni. He is waiting for you, right now.”

“Tapi, I ada kuliah selepas ni. Tolong beritahu..”

“Why don’t you tell him??”

“I?? Bercakap dengan dia?? Takkan, I hate him. Dia penyebab segalanya. I won’t absolve him.”

“Tapi, dia nak jumpa you sekarang.

“Beritahu dia, kalau dia nak jumpa I dia kena tunggu” kata Danish. Selepas itu dia beredar. Menukar sutnya kepada shorts, tshirt dan sneakers. Dia university Malaya. Menaiki compressor yang dipandu Pak Uda. Cap pemberian Cinta dipakainya, cap yang menjadi peneman setianya kemana sahaja dia pergi.

“Tuan Muda, Tuan Lee nak jumpa Tuan muda”

“Terus ke UM pak Uda.” Kata Danish tegas. Hati ini dipenuhi benci dan dendam sahaja. Kenapa harabuji kembali selepas 4 tahun meninggalkan aku hidup tenang. Kenapa dia harus kembali to ruin my life again. Iana, tunggu Oppa tau. Nanti oppa akan jumpa Iana jugak.

“Sarangun himdunka bwayo (cinta itu susah)” katanya untuk kesekelian kalinya..

When you walk away

I count the steps that you take

Do you see how much I need you right now

When you’re gone

The pieces of my heart are missing you

When you’re gone

The face I come to know is missing too

When you’re gone the words I need to hear

To always get me through the day

And make it ok

I miss you…

Danish tiba di condo miliknya. Apabila masuk ke rumah, harabuji memeluknya. Tetapi cepat-cepat ditolaknya. Dia menyedari kesedihan pada wajah harabujinya. Danish ingin ke biliknya..

“Gong Chan, we have to talk”

“Juz talk. I will listen to you” balasnya sinis. Harabuji menarik Danish untuk duduk. Wajah pucat dan sugul milik Danish ditenungnya. Dielus-elus wajah cucu kesayangannya.

“Straight to the point, harabuji. Saya banyak kerja nak disiapkan”

“You hate me, right. Harabuji terlalu mementingkan diri tanpa fikir perasaan kau. Walaupun harabuji maybe dah tak layak nak minta tolong dengan kau tapi harabuji rayu, berhenti belajar and juz focus to our business. Pliz, I beg you.”

“kenapa saya kena berhenti belajar. “

“Sebab harabuji nak Gong Chan tolong mama Gong Chan. Tolong business famili er..Cinta”

Danish tersentak. Nama Cinta disebut lagi. Dadanya sesak. Membantu bisness Cinta atau berhenti belajar. Mana lebih penting. Dan, kenapa harabuji begitu beria-ia untuk membantu mama. Mama Cinta..kenapa??

“And why must I listen to you. Who are you. Saya tak nak berhenti belajar. Selama ni saya boleh bekerja sambil belajar”

“Who are me?? You hate me too much until you don’t know me?? Your harabuji. Harabuji yang sayang kat kau selama ni. Harabuji yang kau anggap bestfrenz selama ni. Kau dah tak kenal.”

“Memang, dulu harabuji bestfrenz saya tapi..lepas semua yang berlaku..i’m hurt. I’m hurt too much”

“I’m hurt too. Wanita yang harabuji sangka cintakan harabuji sebenarnya gila harta. Tapi, harabuji dah boleh terima dan nak tolong dia”

“orang yang saya cinta dah pergi. Dah menghilang begitu je. Cinta dah pergi can you get that” tengking Danish. Harabuji mengurut dada. Bimbang penyakit jantung kembali menyerang. Danish duduk menyembah lantai. Air matanya tumpah lagi.

“omke mandunikka himduroso ( perpisahan terlalu sukar) Himduroso (terlalu sukar)” kata Danish. Harabuji mengangkatnya bangun.

“mian-haeyo. Mian-haeyo. Jangan buat macam nih. Plizz jangan buat macam nih. Jangan buat harabuji rasa bersalah”

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Athiqah datang. Pelukan Danish dan harabuji terurai. Danish meluru ke arah Athiqah.

“I found her!! I found her!!” jerit Athiqah

“Kuraeyo?? Iana. Dah jumpa dia?? Dia kat mana. Cepat beritahu I. Cepat”

“Dia kat Seoul. Bukak saloon. Kimchi saloon. Kedai dia. I dah book ticket untuk you. Esok flight.”

“Seoul?? Korea?? She’s so clever. Kenapa aku tak pernah terfikir sebelum ni” kata Danish. Athiqah mengenyitkan matanya ke arah harabuji sambil menunjukkan isyarat bagus. Danish yang selesai mengemas keluar dari kamarnya.

“Saya tetap akan pergi walaupun harabuji halang. Saya tak kisah” kata Danish. Dia menarik bagasi hitam itu. Tiba-tiba…

“Aduh…” kata Danish tiba-tiba. Dia tiba-tiba rebah ke lantai sambil memegang kaki. Dia cuba bangun tetapi tidak boleh. Harabuji dan Athiqah memapah Danish ke sofa. Selepas itu Danish pitam…

Danish terpisat-pisat. Kat mana nih. Harabujinya kelihatan sembab.

“Kat mana nih”

“Hospital. Rehatlah.”

“Kenapa?? Kenapa boleh masuk sini. Danish nak ke airport. Nak keluar.” Bentak Danish. Dia turun dan mencabut semua jarum dan wayar di tubuh. Harabuji tidak menghalang. Selesai menukar pakaian, dia terus menghilang..Athiqah terpana

“Tuan. Kenapa biarkan dia pergi. Dia masih lemah”

“Biar dia pergi selagi masih ada masa. Sebelum..”

“Sebelum apa tuan?? Sebelum apa??”

Danish berlari menuju ke balai berlepas. Dengan sehelai sepinggang, dia bakal ke Korea. Tiba-tiba..Dia terlanggar seorang wanita. Wanita yang berkot labuh beserta muffler pink setia di lehernya. Danish teraba-raba mencari cermin mata..

“Awak cari nih” soal wanita itu sambil menghulurkan cermin mata kepada Danish. Danish memakai cermin mata itu. Wanita itu sudah tiada. Muffler wanita itu ada di lantai. Danish mengambil dan mengejar wanita itu..

“Awak punya ni” kata Danish. Badan wanita itu dipusingnya. Muffler pink itu jatuh ke lantai…

Baby

I luv you

Why did you let me go

Yes it hurts me

But I still want you to know

All the love we make

Can’t never be erased

And I promise that you will never

Be replace


No comments:

Post a Comment

comments