Selamat Tinggal Sayang OST

Tuesday, December 23, 2008

episod 12



Bab 12

Alamak, kena kawen!

-Oppa, saranghaeyo!!!-

Aku tengok Ratu. Aku sentuh hidung aku ala-ala gangster. Arghh, aku memang gangster pon. Tiba-tiba Jongos datang, duduk sebelah aku. Patutlah, ustaz Jongos baik tiba-tiba, ustazah Alia datang rupa-rupanhya. Sehari tak hipokrit tak boleh.

Masa ustazah selama 1 jam setengah tu berlalu macam gitu jer. Aku tak tahu lah aku buat mende masa ustazah tadi. Sedar-sedar je Jongos dah bersedia nak hantar ustazah Alia keluar kelas. Aku pon bangun. Nak ajak Jongos pergi makan.

“Jongos sayang, jom makan” ajakku lembut. Aku kena bodek macam gini, baru dapat makan free.

Ala, aku tak boleh pergi la. Kau makan ngan kengkawan kau, ok. Nah duit” kata Jongos. Dia hulur Rm 10. sampai hati kau Jongos. Aku mana pernah makan ngan kengkawan aku sejak kita kawen.

“Kenapa..aku nak pergi makan ngan kau”

“Tak bolehlah..aku ada meeting basketball ni. Kau tahu kan next week aku ada match”

Ala..” rungutku. Lepas tu, aku pergi join Amira, Zira ngan Soleha yang nak pergi cafĂ©.

“Aik, ingat lagi kat kitorang rupa-rupanya. Mimpi apa tiba-tiba nak makan ngan kitorang ni” sindir Azira

“Entah, mana abang Jongos kau” sindir Soleha pulak. Aik, aku tengok Soleha yang bersih ni dah pandai sound-sound orang. Ni mesti pengaruh Amira. Aku tengok Amira diam je.

“Abang Jongos ada meeting basketball”

“Basketball?? Mana ada meeting coz match tu tak jadi” kata Amira tiba-tiba.

“Lantaklah, aku nak makan ni, jom”

Sementara itu kat gelanggang basketball..

Danish memandang gengnya yang terdiri daripada 10 0rang yang bererti 20 orang jika dicampur dengan mak we yang dibawa bersama. Budak-budak ni, aku kata datang sendiri sibuk nak bawak mak we. Aku nih, bini pon sanggup tinggal tau. Pendek, agaknya apa yang kau sedang lahap sekarang nih.

“cepatlah Danish, mende yang kau nak cakap nih” soal Thuraisinggam. Hish, anak keeling sesat ni tak nyempat-nyempat. Tanpa mengambil masa, Danish menyeluk poketnya dan mengambil Rm 1000.

“Aku kasi korang Rm 100 setiap orang. korang cari 10 orang untuk undi bini aku. Maknanya, aku nak 100 orang korang sogok. Korang bayar diorang guna duit yang aku bagi tu. Nahas, kalau korang guna duit tu. Aku dah lama tak hantar anak orang masuk ICU”

“Kau ni, ngan geng pon nak berkira” sampuk Hilmi.

“macam mana tak berkira, aku gune allowance aku tu tahu tak? Kau senang tak payah piker pasal nafkah, aku ni semua atas bahu, tahu”

“siapa suruh kau kawen awal sangat. Gatal” sampuk Aisyah. Mak we si Hilmi. Padanlah dia dua orang, sama-sama menyibuk. Sama sama suka jaga tepi seluar orang.

“Dah jodoh, nak buat macam mana. Aku nak korang bergerak mulai sekarang. Hari pengundian tu lusa. Kau sebut nama aku, gerenti bebudak yang kau sogok tu datang.”

“Ok, bos. So, jadi tak training ni. “

“Kau tak tahu lagi ke, Faizal” soal Danish.

“Tahu mende?”

“Match kita tu tak jadi” balas Jongos selamba.

Hari pengundian.

Aku tengok booth pengundian Ratu ramai gak orang yang pergi melawat. Aku tengok pakwe beliau yang amat dicintai ini, Hakimi sedang sibuk jadi perayu undi. Sedangkan, aku ngan Jongos selamba je layan makanan yang kitorang rancang nak jual bersama. Tapi, nampaknya habis dibaham kitorang dulu. Hari ni aku ngan Jongos pakai baju sama tau. Baju bercorak muka aku, sempena nak undi aku. Aku rasa bertuah sangat kawen ngan Jongos coz dia ni amatlah supportive orangnya. Aku dapat rasa yang dia suka kat aku tapi..entahlah..

“Kau tak nak jadi perayu undi, ke Jongos”

“Malaslah. Lagipon, gerenti kau menang punya. I give you my word. Kalau kau kalah, kau akan belanja aku makan best giler malam ni. Kalau kau menang, kau kena belanja aku pulak. Deal!!”

“Deal! Tapi aku tak janji, ok”. Kenapa aku dengar macam aku je yang kena belanja tak kira menang ataupun kalah.

“Kau ni. Jomlah, kita pergi kat tabung undian kejap. Kita pergi timbang, tabung siapa lagi berat” kata Jongos. Walaupun agak berisiko, aku ngan Jongos gi jugak. Bukannya apa, nak mengisi masa lapang. Tiba-tiba..

“Perhatian kepada Cinta dan Danish, anda dilarang mendekati tabung undi untuk mengelakkan sebarang ketidakpuashatian keputusan nanti”. Fuh, malu giler. Cikgu Im sound aku ngan Jongos guna michrophone lagi. Dengan tahap kemaluan yang paling tinggi, kitorang pon blah dari situ. Aku arahkan Amira and the gang jaga booth aku, while aku ngan Jongos pergi makan kat Bandar.

Sejam kemudian, keputusan…

Aku genggam tangan Jongos. Sejuk giler tangan aku. aku tengok Ratu peluk-peluk bahu Hakimi. Hisy, diorang ni tak takut dosa ke. Aku ngan Jongos nak peluk ke cium kat sini tak pe lah, coz kitorang ni halal. Hisy, takde kesedaran sivik langsung budak-budak sekarang. Tiba-tiba Cikgu Im datang bawak sekeping kertas..

“Mengikut jumlah undian yang diterima..pemenangnya ialah….”. aku rasa nak pitam jer. Cikgu cepatlah, tak yah la melewat-lewatkan masa.

“Owh, ye, dua-dua calon sila naik atas”. Aku pon dengan muka innocentnya naik ke pentas.

“Pemenangnya ialah..Cinta Adriana Rizal” laung Cikgu Im. Aku tengok Jongos terlompat-lompat macam kangaroo nak bersalin.

“Tapi…oleh sebab saya terima aduan yang kedua-dua calon kita ni guna taktik kotor, so saya declare yang cheersleader team akan diketuai oleh Amira”. Aku rasa langit tengah tindih aku. Aku guna taktik kotor?? Bila masa pulak. Aku nangis. Wawawa..aku kalah, aku kena belanja Jongos makan! Tapi aku jujur, aku tak guna pon taktik kotor tu.

“Ratu dan Danish, iaitu suami Cinta telah menyogok dengan wang supaya diorang ni menang. So, sebab tak jujur, takkan ada pemenang dari both of you” tengking Cikgu Im. Jongos!! Patutlah dia confirm yang aku ni bakal menang rupa-rupanya dia dah rasuah dulu budak-budak ni. Aku pon hot and turun dari pentas tu. Aku terus pegang kolar baju Jongos.

Ada aku suruh kau pergi rasuah bebudak ni”

“Tak, tapi aku nak kau menang. Aku tak nak kau sedih lagi”

“Masalahnya, aku bukan nak menang dengan cara macam ni. Hisy, aku benci kau. Mulai sekarang kau jangan campur lagi urusan aku. Aku benci kau. I hate you damn much!!!” jeritku. aku tak kisah pasal orang tengok peperangan aku ngan Jongos, tapi kali ni dia dah melampau. Aku lepaskan kolar baju Jongos, then aku lari membawa diri bersama hati yang terluka ini…

“Cinta Adriana..bianaeyo…saranghaeyo” jerit Jongos. Aku dengar suara Jongos menjerit panggil nama aku yang sebenarnya. Tapi, arghh, hati ini sudah terluka..

Aku tak tau nak pergi mana. Kalau balik rumah mama, mesti Jongos dapat trace aku coz owg perempuan nih, dari zaman parameswara lagi, asal berperang ngan laki mesti balik rumah mak. Aku jalan-jalan lagi. Tiba-tiba perut aku putar lagu 3 bears yang menandakan aku sedang lapar yang teramat sangat. Aku pon terjumpalah satu kedai. Kedai aku ngan Jongos pernah makan dulu.

Oleh sebab aku tension, aku pon pesan macam-macam. Aku pesan nasi goreng ayam, ayam panggang, kebab, roti canai, air milo ngan ice lemon tea. Lama aku tunggu, aku pon ambik keputusan untuk mengeluarkan handphone yang tercinta. Aku bukak folder Rathe manith (nama geng cheersleader aku). Dalam tuh ada gambar Jongos tengah tidor, Jongos tengah demam, gambar Jongos tidur ternganga. Semuanya dah aku sebar dalam friendster. Lama gak Jongos makan hati ngan aku tapi aku buat tak reti jer..dia bajet aku nak gi pujuk dia kot. But, nope and never.

Tiba-tiba air mata aku mengalir membasahi pipi. Jongos, kenapa kau sanggup buat aku macam ni. Aku tahu kau buat tu semua sebab kau nak aku menang dan tak sedih-sedih lagi. Tapi, aku tak suka cara tu. Tu bukan cara aku. Aku sayangkan kau, cintakan kau, kau tahu tak. Kenapa kau buat aku bencikan kau pulak?? Aku tak mampu bencikan kau tahu tak!! Becoz I luv you damn much, baby!! Tiba-tiba makanan sampai. Aku lahap dengan air mata yang tak berhenti-henti mengalir. Aku tengok ayam panggang tu. Aku bayangkan Jongos.

“Jaga kau Jongos, aku nak makan kau nih. Wacha!!” jeritku. Aku pon rembat pisau ngan garfu. Aku cincang-cincang ayam tu. Hahaha, puas hati aku. Aku ambik roti canai pulak. Aku bayangkan roti yang putih tu kulit Jongos. Aku koyakkan roti canai tu sepenuh hati.

Sementara itu di belakang pokok..

Danish memerhatikan isterinya yang sedang makan. Rasa geli hati timbul walaupun dia tahu Cinta amat marahkan dirinya.

“Kau bayangkanlah ayam ngan roti canai tu aku pon, kalau itu cara kau nak lepaskan geram”

Siap makan, aku panggil waiter tu.

“waiter” panggilku. Keluar sorang mamat bangla dengan buku 555 kat tangannya. “Kira”

“Semuanya Rm 55.55.”

Aku pon dengan senang hatinya hulur duit. Tapi waiter tu tengok aku semacam je. Kenapa abang waiter, aku ni comey sangat ke??

“Ni duit Negara mana?” soal waiter bangla tuh. Aku tengok tu. Ha, aku hulur 50 000 won kat waiter tu. Won!! Patutlah, aku lupa duit aku semuanya Jongos pegang. Aku bukak purse aku semula. Semuanya duit korea. Tak ada sekeping duit Malaysia. Tiba-tiba ada tangan yang menghulur sekeping Rm 100.

“keep the change, bang” kata seseorang. Aku pusing belakang. Aku tengok Jongos tengah gelakkan aku. Air mata aku menitis lagi.

“Lain kali check dulu purse sebelum pergi makan. Kalau aku tak ada macam mana”. Aku buat bo layan jer. Aku pon bangun. Bajet nak lari ar..Jongos pegang tangan aku..

“Lepaslah..” kataku sambil meronta-ronta. Tapi cengkaman tangannya terlalu kuat. Aku tidak berdaya merungkainya. Aku pon surrender.

“Kenapa?? Lepaslah, bodoh, sakit tahu tak” marahku. Barulah makhluk bernama Jongos ni lepaskan tangan aku.

“bianaeyo..Bianaeyo baby!! I’m sorry damn much for what I did. I didn’t expect that thing happened. I juz wanted the best for my wife. My beloved wife!!” kata Jongos sambil menyeka air mataku yang semakin galak turun.

“You are my wife, Cinta. I did evythin’ for you coz you’re my wife. My beloved wife. My sarang. I did that coz I love you. I love you more than words that I could say and even more than myself. I juz wanted you to know that I love you. Itu je. Aku tak kisah kalau aku bertepuk sebelah tangan. Aku memang cintakan kau, tapi aku tak berani cakap. Aku hanya berani cakap dalam bahasa korea je. Saranghaeyo, it means I luv you. Aku sukakan kau sejak form 1 lagi, tapi kau sukakan Hakimi. Kau tahu tak hancurs giler perasaan aku masa tu. So, aku ambik keputusan nak jadikan kau musuh aku, maybe feelin’ aku kat kau akan hilang. But, it isn’t working, at all. Malahan, aku makin cintakan kau. So, sekarang kau nak makan aku ke ikut suka hati kaulah sebab aku dah declare semuanya kat kau”.

Aku tersentak. I luv you. Saranghaeyo!! Maknanya, Jongos memang cintakan aku!! cintakan aku, tahu tak!!

“Macam mana kau trace aku?” soalku. Aku tengok Jongos senyum.

“Kau jangan makan aku kalau aku cakap. Aku guna program friend finder coz aku daftarkan handphone kau nih.”

“So, kau letak cip pengesan dalam handphone aku nih” soalku. Aku tengok Jongos mengangguk. Senyuman melebar. Pipinya tembam. Jongos, peluk aku, kiss aku..plizz..

“Kalau aku nak buat sesuatu jangan mengamuk tau” katanya. Aku hairan. Belum sempat otak aku proses mende yang Jongos cakap tuh, Jongos dah tarik aku kedalam dakapannya. Aku dapat rasa jantungnya yang berdegup, kencang sekali.

“So, boleh start malam ni, kita tidur sama-sama coz aku sunyi tidur sorang-sorang. Kau takpe ada teddy nak peluk, aku ni harap peluk tubuh jelah.” Kata Jongos. Aku cubit pipinya.

“Ok..kita berdua tidur atas katil yang sama. Tiada yang tidur di sofa.”

“Pendek, kau luv aku tak?” soal Jongos romantis. Aku tunduk. Malunyer..haha, Jongos I luv you more than I luv spaghetti and kimchi. I luv you more than I luv restaurant and Kfc and more than I luv mc’d. I also luv you more than tv. Arghh, malunyer aku nak cakap tu semua. Malunya. Lama aku tunduk, Jongos angkat muka aku semula.

“Muka kau blushing..comey” pujinya. Aku malu tahap cipan. Aku pon berlari-lari cucu tinggalkan Jongos. Dari jauh aku jerit..

“Oppa (abang/sayang) saranghaeyo!!!” jeritku. Jongos kejar aku dari belakang…

Ooh

I’m into you and girl

‘no one else would do

Coz with evy kiss and evy hugs

You make me fall in love

N how I know I can be the only one

I bet there’s heart all over the world tonite

With the love of they life who feel what I fell when I’m

With you with you with you with you with you…

Gurl..

1 comment:

comments