Selamat Tinggal Sayang OST

Monday, December 29, 2008

episod 17


Bab 17 (part 1)

Alamak, kena kawen!!

-sarang ha da myun-

Aku terpana. Jejaka yang aku langgar tadi, Jongos. Dan, dia

ada dihadapanku kini menghulurkan muffler pemberiannya dahulu. Jongos, memakai cap yang aku berikan dahulu. Masih memakainya walaupun 4 tahun telah berlalu.

“Thanks..” kataku. Selepas itu aku berlalu pergi. Tetapi, ditarik Jongos. Dia memelukku..lama sekali. Aku dengar esak tangisnya. Aku menguraikan pelukan itu. Wajah Jongos aku sentuh, air matanya aku seka.

“Assalamualaikum oppa.”

“Wa..waalaikumussalam. Iana dah balik. Oppa baru nak ke Korea nak cari Iana. Kenapa Iana pergi, kenapa tinggalkan oppa. Oppa gila cari Iana merata-rata.”

“Sorry..Iana tak berniat. It’s unintended, oppa. Maafkan Iana sebab tak jujur dengan oppa selama ni. Tapi, percayalah Iana sayangkan Oppa. Cintakan oppa, tak pernah lupakan Oppa walaupun sekejap. Tapi, maafkan Iana, Iana kena pergi. Assalamualaikum, Danish”. Kataku. Aku meninggalkannya. Air mata jatuh lagi. Baru beberapa langkah aku atur, Danish sudah melutut dihadapanku.

“Jangan tinggalkan oppa. Plizz, jangan seksa oppa lagi. Jangan pergi. Jangan pergi lagi.”

“Maafkan Iana. Kita memang tak ditakdirkan untuk bersama. Iana banyak buat salah ngan oppa. Iana tak padan ngan oppa.” Kataku. Aku melepaskan pegangannya di tanganku. Aku berlalu pergi..tiba-tiba..

“Mama nak balik ke? Nak tinggalkan Isya kat sini ke??” soal seseorang dengan nada pelat. Aku berpaling. Daniela Danisha, anakku yang berusia 3 tahun datang ke arahku.

“Dah beli ice-cream sayang”

“dah..rathe cedap..” katanya. Aku senyum.

“Siapa nih” soal Jongos. Aku tersentak..

Aku memandang set mc’d dihadapanku. Danisha sudah bermain dengan permainan disitu. Aku lihat Jongos yang sibuk melayani Danisha. Like father like daughter..tiba-tiba dia muncul..Airku diminumnya..

“Plizz Danish, jangan buat macam ni. Kita tak ada ikatan apa-apa lagi”

“Oppa tak pernah ceraikan Iana.”

“Iana tak diberi nafkah selama 3 bulan, so automatic talak jatuh atas Iana”

“Iana yang lari dari oppa. Well, siapa Isya. Anak Iana ke??”

“Ya..”balasku. Debaran didada kian kencang.

“Comel, macam orang korea. Maybe sebab stay kat korea lama sangat kot. Dia pandai cakap Korea”

“Tak, Iana tak nak ajar. “

“Oppa mengganggu Iana, kan”

“Hmmmm…” balasku. Aku lihat Jongos bangun. Satu ciuman hinggap di pipi Danisha. Selepas itu, dia melambai dan berlalu pergi. Baru ingin menuruni tangga, aku memanggilnya..

“Tanak tahu nama penuh Isya ke??’ soalku. Aku lihat dia mengangguk. Brave, Cinta. Brave. Basyya!!

“Nama Isya, Daniela Danisha Binti Daniel Danish” jeritku. aku lihat Jongos berhenti berjalan, berpatah balik ke arahku. Isya diambil dan diciumnya berkali-kali. Matanya memerah..

“Anak kita?? Tapi macam mana….”

“Ingat malam sebelum Iana pergi, kita buat apa..”

“Owh, malam itu ke. Takkan oppa lupa” katanya nakal. Aku menampar bahunya nakal. Aku melentokkan kepalaku di bahunya..

“Iana tinggal dengan siapa??”

“Mama, kenapa. Kita dah tak boleh tinggal bersama, tau”

“Nakal eh. Oppa tahulah. Well, tak nak tahu result SPM ke??”

“Iana mesti fail kan. Iana bukannya bijak macam oppa”

“Ok ler. Walaupun result oppa better than Iana. Iana dapat 2 A1, 4 A2, 3 B, 1 G. G for sejarah. Sama macam oppa la.”

“Nasib baik sejarah tak penting untuk masuk U. oppa still study”

“Yap, kat UM. Iana janji jangan tinggalkan oppa. Esok kita jumpa kat condo kita. Kalau Iana masih ingat la. Oppa balik dulu.” Katanya. Aku mengangguk, meskipun hati ini berat menerimanya pergi dariku.

“Isya, sayang papa cayang”. Mulut mungil Danisha singah dipipi Jongos. Wajah mereka memang seiras..

“Isya, Isya. Appagommun..” kataku

“Tungtunghae (gemok)” sambung Danisha.

“Mana ada..papa slim je..” balas Jongos manja..

Kat rumah mama..

Aku tengok Danisha dah tidur. Aku capai handphone, tengok gambar Jongos masa zaman purbakala. Jauh bezanya. Dah matured sikit. Tapi, tetap cute macam dulu. Tiba-tiba ada message..from baby wangi( Jongos la tuh)

-this is a cute luv story..

Girl: am I preety

Boy:no..

Girl:do you want 2 live wif me

Boy:no..

Girl:will u cry if I leave you

Boy:no..

The girl start to cry. The boy pulled her close to him and said..

Boy:you are not preety but preetiest. I don’t want to live wif u but I live for u. if u leave me, I won’t cry but I’ll die-

Aku tersenyum. Tiba-tiba handphoneku vibrate lagi. Kali ini mms pula. Gambarnya dengan lidah terjelir. Hisy, macam-macam. Selepas itu, aku lena dibuai mimpi. Ada urusan yang perlu diselesaikan esok..

Bab 17(part 2)

Alamak, kena kawen!

-fate-

Aku mundar-mandir di hadapan lift. Sudah 15 minit aku tiba di sini. Keadaannya tidak banyak berubah. Masih begitu. Nak pergi ke tak nak. Hisy, tak naik karang mengamuk budak Isya ni, kejut awal-awal pagi. Dahlah pagi tadi dah buat perangai mengamuk nak kena bangun pagi.

“Mama..buat ape kat cini..nak balik..tido” rengek Isya.

“nak jumpa papa tak??”

“Nak, nak. Kalau jumpa papa, papa belanja mc’d. makan ice-cream..best..”

Aku mengeluh. Rasa tidak mampu untuk aku berhadapan dengan harabuji nanti. Tiba-tiba lift dihadapanku terbuka. Dari tingkat 27. Jangan-jangan..

“Isya cayang..Iana dah datang kenapa tak naik” soal Danish yang sudah mendukung Isya. Manja benar dia dengan Isya. Amboi, tak tahu aku tengah jealous ni. Asyik-asyik Isya yang dipanggil cayang, aku ni tak panggil pon. Kecik hati.

“Iana, kenapa tak naik. Takut ke??” soalnya lagi

“Takut..” kataku lambat-lambat. Aku lihat dia senyum. Mungkin senyuman yang paling manis setakat ini. Dia menggenggam jari-jemariku. Button 27 ditekan, lift bergerak

“I’ll always be your guard. Dun worry” katanya. Dia menarik kepalaku dan dilentokkan di bahunya..

“Iana, Iana dah tinggi sikit sejak duduk korea ni.” Katanya. Aku mencebik. Pipinya aku cubit. Tidak peduli akan Isya yang memerhatikan kami..

“mama ngan papa nih, tua-tua main cubit-cubit lagi..” kata Isya tiba-tiba. Aku dan Danish ketawa..Perjalanan selama I minit 40 saat itu, dihiasi hilai tawa kami bertiga. Sudah lama aku idamkan.

Harabuji tenung aku macam nak makan aku. Dup..dap..dup..dap..jantungku dak bergerak secara maksimum ni. Takutnyer. Walaupun Danish tengah genggam tangan aku, aku rasa macam nak lari dari semua ni dan ke korea semula.

“kami nak kawin, harabuji tak boleh halang” kata Danish tiba-tiba. Aik, bila masa pulak kami plan. Tapi, itu memang yang aku mahukan selama ini.

“Gong Chan keluar kejap. I need to talk with her personally” kata harabuji. Aku tengok Danish macam berat hati jer. Aku mengangguk menyuruhnya pergi. Selepas pintu bilik ditutup, harabuji memanggilku untuk duduk berhadapan dengannya..

“Kenapa harabuji call Cinta masa kat Korea and mintak Cinta balik semula”

“Sebab harabuji rindukan Cinta. Harabuji tak boleh tahan menipu diri sendiri. I luv you sama macam harabuji sayangkan Gong Chan. Sebab Cinta pon cucu harabuji jugak. Maafkan harabuji coz pisahkan korang”

“Cinta yang patut mintak maaf. Thanks sebab sayangkan Cinta. “

“Harabuji harap Cinta boleh terima balik Gong Chan. Plizz, kawen ngan dia”

“Kenapa harabuji boleh terima Cinta balik walaupun Cinta pernah nak kikis harta Danish”

“I juz accept this as a fate. Semuanya dah tertulis. Macam agama yang sedang harabuji anuti sekarang. Semuanya dah ditetapkan Allah” kata harabuji. Aku ternganga. Adakah aku salah dengar. Harabuji sebut kalimah Allah..maknanya harabuji seorang muslim kini.

“Islam menyuruh kita saling bermaafan sebab tiada sapepon yang tak pernah buat silap. Harabuji semakin tenang dan damai selepas peluk Islam. My request Cinta, pliz jaga Gong Chan baik-baik. Tolonglah jaga dia baik-baik. Kalau boleh kawin cepat-cepat sebab…”

“Sebab apa??”

“Lepas ni, you’ll find out.” Kata harabuji.

Aku keluar dari bilik harabuji dengan kelegaan yang teramat sangat. Aku lihat harabuji dan Isya sedang bermain-main..

“oppa, jom beli barang kawen. Sekarang!” kataku. Aku lihat dia terkejut. Aku ketawa. “Ke, oppa tak nak kawen ngan Iana”

“Nak, nak..nak kawen ngan Iana. Jom kita beli barang. Kita kawen bulan depan, ok”

Aku memilih-milih cincin perkahwinan kami. Esok nak kawen, hari ni sibuk nak beli cincin. Tiada yang berkenan dihati.

“Oppa, Iana nak pakai cincin yang kita beli kat Korea dulu.”

“Cincin tu?? Kan dah lama. Nak pakai cincin lama buat kawen”

“Biarlah sebab cincin tu ada sentimental value. Lagipon cincin tu kan berat dan besar, so Iana tak boleh lari dari Oppa. Oppa tak takut ke Iana lari macam dulu”

“Pandai mengugut eh sekarang nih” katanya. Hidungku dicuitnya. Dia mencabut cap pemberianku. Dari dalam cap itu, ada sesuatu dikeluarkan..ya Allah, cincin yang sebegitu mahal diletaknya dalam cap begitu sahaja!!

“Ya Allah, tak pernah dibuat orang. Hilang macam mana”

“Dah 4 tahun buat gini, tak pernah hilang pon” katanya sinis. Aku kehilangan kata-kata.

Kami jalan-jalan sekitar Jusco. Ada sesuatu menarik perhatianku.

“Oppa, kita belikan bear untuk Isya. Kesian dia, asyik berebut teddy ngan Iana”

“Arasso. Anything for you, princess..” katanya. Selesai mengambil bear putih berbulu lebat tuh, kami ke kaunter bayaran. Aku suakan bear itu dihidungnya.

“Jauhkan bear tu dari oppa. Tak bawak inhaeler nih” katanya. Aku ketawa, selesai bayar kami berlalu. Tiba-tiba sahaja Danish rebah. Aku terpana…..dia mengerang kuat..kuat sekali. Badannya dipegang kuat

“Oppa, kenapa?? Kenapa??’

“Tak tahu. Tolong oppa bangun jap”. Aku membantunya. Apabila aku memapah dia boleh berdiri, apabila aku melepaskan peganganku, dia rebah semula..

“Aduh, sakitnya tulang. Sakitnya. Tak boleh bangun” kata Danish. Aku cemas. Wajah Danish juga pucat tiba-tiba.

“Try bangun pelan-pelan. Paut tiang ni”. Gagal lagi, Danish tidak boleh bangun hatta sedikitpun. Aku bingung..

11 ogos..

“Aku terima nikahnya Cinta Adriana Binti Rizal dengan mas kahwinnya Rm 100 dibayar tunai” kata Danish senafas. Aku lega. Kali ini akad nikah hanya sekali sahaja. Danish datang dan menghulurkan jarinyanya yang berinai sekali. Comot sekali inai itu. Mana taknya, dipakaikan Danisya. Aku menyambut dan menyalaminyanya. Dahiku diciumnya.

“Saranghaeyo. Dun leave me again” bisiknya dekat di telingaku. Amira, Azira dan Soleha yang mendengarnya tersipu-sipu malu. Ratu juga datang bersama Hakimi yang sudah bertunang. Guru-guru juga dijemput especially big boss. Cikgu Ruzy frust je aku tengok. Mama pulak dah rasmi kapel ngan harabuji tapi mereka tak nak kawen kerana menyedari factor umur. Mama, jangan kecik hati ok.

Sesi fotografi berlalu. Sibuk betul Danisha ni. Semua gambar ada muka dia. Manja benar dengan Danish. Tak kasi can langsung aku ngan Danish nak uhem..uhem..Scene aku kiss ngan Danish berubah menjadi gambar Danisha dicium aku dan Danish.

Aku ngan Danish serta Danisha sama-sama pegang pisau nak potong cake 6 tingkat depan aku nih. Majlis resepsi dijalankan di Shangri-la Hotel. Aku ngan Danish berpakaian kebangsaan korea. Wlaupun agak seksa dengan skirt yang kembang ni, tapi aku redha..

“Jomlah potong cake ni” kata Danisha. Aku tersedar dari lamunan, Danish menghulurkan pisau itu bersama. Selesai cake dipotong, kami kembali ke pentas menyambung sesi fotografi. Sewaktu posing adegan berpeluk…Danish tiba-tiba jatuh. Suasana gempar tiba-tiba. Aku meluru ke arahnya. Danish pitam. Ada darah mengalir dari hidungnya.

“OPPAAAAAA!!!!!” jeritku.


No comments:

Post a Comment

comments