Selamat Tinggal Sayang OST

Tuesday, December 23, 2008

episod 1


Alamak, kena kawen !

Bab 1

-Jongos vs Pendek-

Kedinginan pagi yang luar biasa menyelubungi Nexus Private School pada hari itu. Mana taknya, prince and queen kelas tak sampai lagi. Namun, kedinginan dan keamanan yang dirasai oleh warga Nexus tidak bertahan lama.

Kom sema-ri-ga,

Han chi-be-ri-so,

Appagom ,

Ommagon,

Aegi gom

Appa gommun tung-tung-hae

Omma gommun nal-shi-hae

Aegi gommun na-bul-gwi-o-wo

Hisyuk- hisyuk char-rhan-da

MUAHHH..

Aku terpempan. MUAHHH yang aku lakukan dengan muncung yang paling tajam tepat-tepat mengenai mulut seorang makhluk asing. Apabila aku membuka mata, ternyata alien itu ialah…ARGHHH TIDAK !!

“Jongos!! Kau buat apa depan aku ney.. kenapa MUAHHH aku boleh terbenam kat muka kau yang hudoh tu..arghhh tidak…”

Jongos- Nama betul Daniel Danish Abdullah Lee. Berumur 17 tahun dengan ketinggian 180, mamat ney memang tinggi macam tiang elektrik dan berat 59kg. Digelar Prince of Nexus coz muka dia yang kononnya ada persamaan dengan Lee Dong Wook (sape entah nama pelik nak nyebut pon susah) ni yang paling kerap jumpa big boss a.k.a pengetua. Tapi yang peliknya, otak bergeliga sampai jadi star dalam kalangan cikgu-cikgu yang rata-ratanya suka sgt tengok muka si Jongos ni kalau bercakap. Katanya comey sangat. Wekkk!! Aku pon heran macam mana mamat korea muslim ni boleh sesat kat Malaysia. Korang kenal tak sejenis kuih yang diberi nama bahulu, jangan shock kalau org korea pon tahu makan bahulu. Kalau nak tau, dia ni merupakan pewaris tunggal rangkaian pasaraya bahulu di Malaysia dan Singapura serta Negara asalnya, Korea tau. Jual bahulu pon boleh kaya. Dan kita tiba ke rahsia besar iaitu kenapa aku bley panggil dia Jongos. Aku panggil die gitu coz gigi dia ni mancung sikit dari sepatutnya a.k.a jongang…ha ha ha.. Dahla citer sal dia kite sambung semula scene tadi..

“Nape plak nak marah aku, bukannya aku ni nak sangat nak kena mulut kau tu. Najis kau tahu tak. Aku kena samak pipi aku lepas ni. “

“Kurang ajar kau Jongos! Kau ingat aku ni p***g ke yang kau nak pergi samak, ha!”

“Well, lebih kurang tapi p**G tu lagi comey dari kau..hahaha..”. Aku mencebik, budak Jongos ni memang melampau. Aku mencabut kasut sekolah yang di tapaknya ada lumpur dan ingin sapukan pada mukanya. Ala-ala moisturizer gitu. Tapi, tangan Jongos lebih laju dan menyambar pergelangan tanganku. Diramasnya kuat-kuat..

“Sakit bodoh..lepaslah Jongos” jeritku. Tapi muke dia macam redha je..innocent pelik jer..

“Kau semakin hari semakin berani, pendek (nama gelaran aku). Tapi ketinggian kau semakin hari semakin tak berubah. Tapi, yang pasti tak menurun kan coz kau stil kat dada aku. Tapi macam mana mulut kau yang memuncung macam itik tadi boleh terbenam kat muka aku. Sampai pulak.. mesti kau panjat kerusi kan coz nak sgt cium pipi aku”

Hisy, sakitnya hati. Tangan aku sudah bersedia untuk melakukan smash..sikit lagi..arghhh, dia tangkap tangan aku dulu. Aku terdorong dan ingin jatuh tetapi ditahan olehnya.. Mulut kami dekat.. Aku lihat dia senyum..dumm.. tiba-tiba je badan aku ada kat lantai..sakit sangat. Jongos, kau jatuhkan aku..

Pendek- Aku la tu.. nama betul Cinta Adriana Rizal. Berumur 17 tahun dengan ketinggian 155 dan berat badan 42 kg. Memang ketinggian aku dengan si Jongos banyak bezanya. Tapi, aku tak kesah. Aku rasa tuhan dah cipta apa yang terbaik untuk kita. Status aku still single(habis Hakimi tu sape) and hot. Dikenali sebagai Queen of Nexus coz aku yang berani lawan big boss. Ada ke patut big boss cakap aku ney pemalas coz aku fail sejarah. Aku pon lawan r. Memang masuk kali ney dah 12 kali aku fail sejarah tapi sekurang-kurangnya suspect la aku sebagai seorang student yang banyak tolong sekolah dapatkan medal untuk cheersleader. Ni tak, siap kena rotan lagi. Isk..isk..sound sad bile diceritakan semule ye.. Aku dengan Jongos memang tak boleh jumpa. Kami pernah digantung sekolah seminggu coz kami wrestling semata-mata berebutkan ice-cream. Aku happy coz belum sempat dia bedal aku big boss datang. Sekurang-kurangnya aku dah tinggalkan buah tangan kat mata die.. Tapi aku redha je ada musuh kurang kering(lembab) macam die..bukan apa, hidup ni bukannya lama sangat, so kita ENJOY!!

“Hoi Jongos kau nak pergi mana tuh..kurang ajar betul..Jongos, jangan lari..jaga kau” Jeritku sambil berlari mendapatkannya. Malang tidak berbau, sebuah pintu kelas betul-betul terbuka sewaktu aku sedang mengejar Jongos. Bumm!! Sakitnyer!! Dahla malu!! Ha, Hakimi pon ada, malunyer..malu.. Last thing yang aku ingat sebelum aku masuk ke alam fantasi ialah, suara Hakimi!! Aku terus pitam..


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

comments