Selamat Tinggal Sayang OST

Monday, December 29, 2008

episod 18


Bab 18(part 1)

Alamak, kena kawen

-suratan atau kebetulan??-

Aku keluar dari ward yang menempatkan Danish. Air mataku tumpah lagi. Sudah 2 hari dia coma. Aku terduduk sambil menangis. Danisha datang menghampiri dan memelukku. Anak ini terlalu kecil, Tuhan. Mengapa kami diuji lagi. Kata-kata yang terbit dari mulut harabuji semalam kembali berputar ligat dibenakku..

Aku menyalami harabuji selesai solat sunat dilakukan. Aku terlihat harabuji menangis, dan jawapan yang diberikan menyentap jiwaku dan jasadku terbuai-buai diterbangkan angin..

“Maafkan harabuji sebab sorok perkara sebenar dari Cinta. Harabuji tak sanggup nak beritahu especially sejak Danisha ada.”

“kenapa dengan Danish, harabuji?? Kenapa dia sering rebah kebelakangan ini”

“Sewaktu dia 8 tahun, dia pernah menghidap penyakit kanser tulang. Dia dah nazak, then miracle happened bila dia tiba-tiba bebas dari penyakit tuh. Semuanya bagaikan mimpi sebab dia terselamat dari penyakit maut tu. Tapi, memang sudah tersurat untuknya begini, penyakit tu kembali menyerang. Hati harabuji tergerak untuk ke m’sia dan tengok Danish. Pada suatu malam kami gaduh dan dia tiba-tiba jatuh. Kat hospital dia diagnosiskan menghidap penyakit tu balik. Tapi, harabuji tak sanggup nak beritahu dia. Dia terseksa dahulu, dan akan terseksa lagi selepas ni”

“Kanser harabuji. Kanser…” kataku berulang kali. Semuanya bagaikan mimpi. Namun, tiada air mata yang turun kali ini. Kenapa setiap kali bahagia bertandang, ada sahaja sesuatu yang menyerang. Tuhan, sembuhkan dia. Aku tak sanggup berpisah untuk kali kedua.

“Harabuji try untuk buat operation tapi kansernya dah peringkat ke-3.”

“Berapa lama masa dia ada..Cinta nak bahagiakan dia sepuas-puasnya..”

“Lebih kurang 3 bulan. Insyaallah, dia panjang umur”

“Cinta rasa macam mimpi sekarang dan semua yang berlaku ini sebahagian dari mimpi yang panjang dan meletihkan ni. Cinta nak cepat-cepat bangun. Cinta dah letih sangat..perit”

“Cinta kena tegar. Dia mungkin paralyzed lepas ni..Kena sabar lebih lepas ni, sebab dia sakit. Biasalah kalau orang berpenyakit, cepat sikit naik angin”

“Cinta dah bersedia untuk harungi segalanya demi dia, harabuji. Cinta redha. Ini ujian Allah dan Cinta kena buktikan yang Cinta tabah hadapi semua ni”

“Harabuji akan sokong Cinta dalam semua hal”

Tepukan mama membawaku ke reality. Kelihatan mama yang kini ayu bertudung dan berjubah datang bersama harabuji.

“You look tired, dear. Balik ok, hari ni mama ngan harabuji jaga Danish. Balik berehat ye”

“Tanak..tak sanggup nak tinggalkan dia sendirian. Takut dia per…” aku tersedar dari sesuatu. Bodohnya aku..hampir sahaja aku menuturkan perkataan pergi dihadapan mama dan harabuji.

“Insyaallah dia tak akan apa-apa. Baliklah dulu, nanti kalau Cinta sakit, siapa nak jaga Danish”

“Jaga dia tau. Mama jangan tinggalkan dia sekejap pon. Mana Isya.”

“Dia tak ada dengan Cinta ke tadi”

Aku sibuk mencari. Aku tergerak ke bilik Danish. Apabila pintu diketuk, kelihatan Danisha sedang sujud diatas lantai..

“Buat apa tu, Isya”

“Tak tahu. Tapi, mama selalu buat macam ni 5 kali sehari. Isya nak buat jugak. Untuk papa”

Aku tergelak. Pasti Danisya sedang berbicara tentang solat. Solat bersama sehelai gaun paras lutut.

“Mama nak balik..jom”

“Tanak..nak temankan papa. Kesian papa tido sorang-sorang. Papa ni tua-tua pon bangun lewat lagi. Dah dua hari papa tidur, sekarang ni dah petang papa tanak bangun lagi. Agaknya papa mimpi apa, ek. Mesti mimpi best sampai tanak bangun” Kata Danisha. Hatiku tersentuh dengan sikap Danisha. Sayang benar dia pada Danish. Dapatkah dia menerima bahawa Danish sedang tenat kini..

“Biar dia dekat sini. Cinta pergi balik rehat dulu” kata harabuji. Aku akur..

Aku memandang ke jendela. Jendela tempat aku dan Danish bergaduh dahulu sehingga dia jatuh dan tangannya patah. Aku tersenyum. Serentak itu, ada air mata bertakung di tubir mata. Menangis dan menangis..dan air mata tidak pernah kering sejak 4 tahun ini. Setiap malam, aku akan menangis..

Evy night I found that so hard to sleep

Coz I keep thinkin’ of you

And this feelin’ from deep

Oh baby, I try to hide all this feelin’

For you

I keep the model inside

I don’t know

Whatelse to do

So I cry

But nobody hears me I cry

it’s my only solution I cry

to all dis confussion I cry

with all of my heart

I cry..

Dengan sepenuh hati aku menangis sambil memohon kepada ya Rabbi..

Bab 18(part 2)

Alamak, kena kawen!

-I cry-

Saloonku di Korea kini diuruskan Ratu dan Hakimi. Aku akan menetap disini secara tetap untuk menjaganya. Keadaannya semakin lemah. Mampu berjalan jika berpaut pada sesuatu. Dan, air mataku tumpah setiap kali melihat kesakitannya yang menyerang. Aku mencapai sikat ditangannya.

“Meh Iana sikatkan rambut oppa” kataku. Dia menyerahkan sikat itu. Sambil menyikat rambutnya, kami berbual..

“Isya mana??” soalnya

“Pergi berenang kat bawah ngan harabuji. Kenapa??”

“Saja tanya. Hari ni dia tak jenguk oppa lagi.”

“Dia dah datang tadi. Bawak bunga rose. Tu ada kat tepi katil. Masa dia pergi oppa tidur”

“Owh..wangi bunga nih” katanya. Aku memerhatikannya yang kurus berbanding dahulu. Badannya lebam-lebam hasil cucukan jarum. Wajahnya pucat dan sedikit cengkung. Tapi, padaku Danish tetapi Danishku yang dahulu. Masih cute dan comey walaupun lemah. Aku selesai menyikat rambutnya. Tuhan, rambutnya gugur. Banyak sekali. Menyedari perubahan wajahku, dia meminta sikat itu.

“kenapa nak tengok? Tak ada yang menarik kat sikat tuh”

“bak sini Iana. Oppa nak tengok. Pliz.” Aku serba salah. Wajahnya diinnocentkan. Innocent sungguh sampai aku bagi sikat tuh kat dia.

“Iana sudi terima Oppa walaupon oppa botak lepas ni” soalnya. Aku lihat matanya merah. Tuhan, tabahkan dia.

“kalau oppa tak ada hidung pon, Iana sudi terima Oppa. Sebab cinta itu buta dan tak mengenal rupa”

“Iana cakap pandailah. Nanti kalau oppa dah tak hensem, dah botak. Mesti Iana lari macam dulukan” katanya tiba-tiba. Aku tersentak. Suaranya kedengaran tinggi.

“Oppa, strictly no stressed. Jangan tensionlah. Kalau oppa botak pon masih macho tau. Ok, jom kita pergi hospital. Hari ni kena buat kemo, tau”

Tanpa berbicara sepatah pon sewaktu perjalanan, kami akhirnya tiba di hospital. Kecik hati aku dibuatnya, mengenangkan dia sakit sahajalah aku mampu bertahan.

“Oppa, kena tahan” kataku dalam sedu-sedan. Aku melihatnya yang menggelepar dikatil. Suntikan pertama diberi 15 minit yang lalu. Aku lihat dia menggeletar. Meraung dan menangis. Mengerang kesakitan. Habis cadar dan bantal-bantal jatuh ke bawah gara-gara dia menggelepar tadi. Tiba-tiba dia muntah. Banyak sekali. Dia meraung-raung didalam, aku pula meraung diluar. Akhirnya, dia pengsan.

Dua jam kemudian, dia tersedar. Aku lihat dia menangis. Tangannya aku genggam. Sejuk dan dingin sekali. Aku turut menangis. Wajahku dibenamkan pada dadanya yang terbaring lemah. Aku menangis dan menangis.

“Kalau Iana nak pergi dari oppa, oppa rela. Oppa akan lepaskan Iana sebab Iana tak patut hadapi semua ni.”

“Oppa, kenapa cakap macam nih. Iana tak sukalah. Iana takkan tinggalkan oppa.”

“oppa membebankan Iana saja. Tinggalkan oppa kalau Iana dah bosan. Kalau Iana dah tak mampu”

“kalau oppa cakap macam ni lagi, Iana akan pergi macam dulu. Oppa sanggup?? Dengar sini, Iana takkan tinggalkan oppa, ok. Tak akan. Iana tak sanggup pisah ngan Oppa lagi. Dah cukup 4 tahun menyeksakan yang kita lalui. Kali ni, Iana takkan tinggalkan oppa walaupun sekejap”

“Masalahnya maut tengah datang untuk menunggu oppa. Oppa akan pergi bila-bila masa je. Oppa sakit, Iana. Sakit!! Dah tak guna. Oppa Cuma akan susahkan hidup Iana dan Isya faham tak!”

“Apa yang rasuk oppa, ha. Siapa suruh oppa mintak Iana tingalkan oppa, ha! Oppa faham tak Iana cakap. iana takkan tinggalkan oppa. Nope and never. Arasso!!” jeritku. aku lihat dia terdiam.

“Maafkan oppa. Oppa tertekan. Oppa tanak menyusahkan sape-sape lagi. Cukuplah dulu oppa dah susahkan mama ngan papa. Kenapa mesti oppa yang sakit?? Kenapa??”

“Takdir oppa. Kita tak boleh mempersoalkan takdir”

“Mungkin bahagia tu tak layak untuk orang macam oppa nih” katanya. Aku menyeka air matanya. Sabarlah, Danish. Semuanya bakal berakhir nanti.

“Allah dah janjikan hambanya dengan takdir masing-masing. Kita tak boleh lawan. Oppa sabar, ye. Orang sakit dapat pahala tau”

“Oppa nak stop kemo. Sakit. Tak membantu.”

“No..itu satu-satunya ikhtiar kita”

“Iana, oppa akan mati jugak satu hari nanti. Oppa nak pergi Korea. Sekarang ni autumn. Oppa nak tengok. Maybe the last autumn for me”.

“Oppa masih lemah. Oppa jalani rawatan kat sini. Kalau sihat kita pergi”

“Kalau sihat. Kalau tak?? Kalau Iana tanak pergi, oppa pergi sorang-sorang” katanya. Aku tersentak..antara rela dan terpaksa, aku mengangguk. Apa pula kata harabuji lepas ni??

No comments:

Post a Comment

comments