Selamat Tinggal Sayang OST

Tuesday, December 23, 2008

episod 11


Bab 11

Alamak, kena kawen!

-I lap you, Jongos-

Aku genggam tangan Jongos kuat-kuat. Sakitnya hati. Sampainya hati. Keciknya hati. Semua bercampur-gaul menjadi satu resepi pati sakit hati hati. Aku tengok lagi carta aliran Pasukan Cheersleader yang baru. Patutlah Cikgu Imtinan cakap ada rombakan yang besar bakal berlaku. Inilah rombakan tu, rupa-rupanya. Rombakan yang menyakitkan hati.

Ala, takpelah. Next year lepas bersalin kau jadi baliklah ketua pasukan tu. Kau kan pregnant, sebab tu Cikgu Im gantikan kau. Takkan kau nak bersorak dengan perut boyot gini.” Kata Jongos selamba.

Tahun depan? Mamat ni memang nyanyok ke buat-buat nyanyok. Dia tak ingat ke yang aku ni form 5 and tahun depan dah tak sekolah. Aku pon lepaskan tangan aku. Aku tengok dia shock.

“Kau ni betul tak?”

“Kenapa pulak, Pendek. Aku ni betul lagi”

“kau cakap tahun depan aku jadi captain lagi. Kau tak ingat ke yang kita ni last year kat sini. Kita ni dah form 5 la, ngok. Nak SPM dah hujung tahun ni”

“A’ah..sowy, aku lupa. Lagipun aku tengok ketinggian kau ni tak ada bezanya ngan budak form 1. so, aku ingat kau form 1 la tadi”. Cis, kurang pelajaran kau Jongos, sempat lagi kutuk aku.

“Tapi, mana adil, Cikgu Im buat macam ni kat aku. Si Ratu tu baru 4 bulan kat sekolah ni. Join kelab baru lagi, kenapa dah boleh jadi captain. Kalau Mira or Zira aku tak kisah. Ni tiba-tiba je minah senget tu yang jadi captain. Sape tak musykil. Mesti dia sogok mulut cikgu Im ni dengan mende-mende” kataku. Jongos pukul dahi aku. Mataku terbelalak.”Kau ni kenapa, ha. Kau nak aku wrestling kau, ke”

“Wrestling konon, jalan pon senget sebelah sekarang ni, ada perut nak wrestling aku.”

“Habis tu, kenapa suka hati harabuji kau je kau pergi pukul dahi aku. Sakit tau tak”

“memanglah sakit. Aku tak pernah cakap pon best. Aku pukul dahi kau tu tadi nak suruh kau sedar.”

“Sedar mende pulak”

“Tadi, kau dok mengumpat cikgu Im, tu. Siap tuduh yang bukan-bukan lagi. Ustazah Alia cakap, mengumpat Cikgu, tak berkat ilmu tau. Bila kau nak mintak maaf ngan Cikgu Im tu”. Aku mencebik. Kenapa jadi alim tiba-tiba ni. Kau sembahyang subuh, qunut pon tak ingat, nak nasihat-nasihat aku pulak. Sembahyang macam kereta api lajunya, nak kondem-kondem orang pulak.

“Owh, ye ke? Mintak maaflah ustaz Jongos. Ana tak ingat tadi.”

“kau ni, aku nasihat bukannya nak dengar, ejek-ejek lagi. Bilalah kau nak berubah, ha Pendek”

“Insyaalaah..anta doain ana ya. Ana mau pamit dulu. Assalamualaikum”. Aik, kenapa boleh keluar loghat Indonesia pulak ni. Hisy, boring melihat Jongos yang alim-alim kambing tu, aku pon masuk ke kelas. Masuk kelas je, cun-cun Cikgu Im tengah berbual dengan budak Ratu ni. Hati aku menggelegak. Lebih panas dari biasa. Aku pon dengan muka yang sememangnya comey ni pergi menyibuk kat diorang.

“sowy cikgu kalau mengganggu.”

“Owh, tak mengganggu pon. Meh duduk meh. Duduk kat sini, ni. Berapa bulan dah baby tu”

Ratu mencebik. Hiah, minah ni kacau daun betullah. Ni mesti nak kondem keputusan cikgu ni.

“Dah masuk 5 bulan cikgu. Cikgu, kalau saya nak luahkan rasa tak puas hati, jangan marah ye”

“Tak puas hati? Tak puas hati pasal mende? Cakaplah, cikgu tak kisah”

“Kenapa cikgu lantik Ratu jadi captain yang baru sedangkan dia baru berapa bulan kat sini. Satu medal pon tak sumbang lagi kat sekolah ni. Kenapa cikgu tak pilih Mira ke yang lebih lama dari Ratu ni” luahku. Hahaha, puas hati aku. Aku tengok muka Ratu cemberut je. Kau marah ke, jangan marah Ratu, ini baru permulaan. Hehehe..

“Owh, pasal tu, ke. Perkara ni pon cikgu tak berapa setuju coz awak lebih baik jadi captain dari Ratu ni. Tapi, mama awak yang call cikgu untuk lucutkan jawatan awak coz awak pregnant” kata Cikgu Im.

Aku tengok muka Ratu merah. Ha, terasa hati la tuh, cikgu cakap aku lagi bagus dari dia.

“kalau saya nak jawatan saya semula tak pe ke cikgu. Please cikgu. Saya sayangkan post tu.”

“Masalahnya, pemilihan Ratu ni dibuat berdasarkan undian. Ramai orang pilih dia, jadi dia lah yang jadi captain”

Ala..tapi saya nak jadi captain semula. Nak jugak, nak jugak..”

“Eh, mana boleh. Aku yang dapat, aku lah yang jadi. Kalau kau jadi captain pon, bukannya kau boleh menari pon”

Ala, jadi captain tak semestinya kena menari”

“Eh, yang kau tak puas hati sangat dengan aku kenapa, ha”

“Macam mana aku tak sakit hati, semua hak aku kau ambik. Kau ni melukut di tepi perigi tahu tak? Dahlah tempat duduk aku kat hujung kelas tu kau ambik, ni post untuk captain pon kau nak ambik jugak. What the hell”

“Habis, siapa suruh kau pergi buat mende tuh sampai pregnant macam ni. Kalau kau tak pregnant mesti aku tak berpeluang jadi captain. So, bukan salah aku kalau post captain ni aku dapat. Dah diorang afundi aku, nak buat macam mana. Owh ya, you had asked me what the hell is? Hell is you!!”

“kau ni memang dah lapar penumbuk ke mende, ha. Kurang ajar betol”

“Eleh, kau ingat aku takut ke? Dengan perut buncit macam kau ni, jalan pon macam pengguin, ada hati nak tumbuk orang”

“Hoi ostrich, dah lebih mulut kau celupar ni. Eii, geramnyer” jeritku. Aku tengok muka redha Cikgu Im. Arghh, belasah je!! Aku tarik rambut Ratu. Aku goyang-goyang kepala minah ni.

“Sakitlah bodoh, lepaslah” jerit Ratu. Hahaha, aku ketawa. Indahnya, kiranya, rambut si Ratu ni botak, insyaalah akan jadi. Aku menguatkan tarikan rambut ini. Tiba-tiba aku rasa kepala aku senget je.. sakit kulit kepala aku, rupa-rupanya ostrich ni dah tarik rambut aku. Sakit!! Main tarik rambut, malu mahu memulakan. Tapi, aku ngan Ratu ni memang tak tahu malu.

“Sudah! Sudah! Hei, macam mana ni. Mana semua budak kelas ni. Owh, Danish!! Danish!!” jerit cikgu Im. Dalam kesakitan yang amat, aku tengok Jongos datang. Arghh, tak kira, yang penting rambut Ratu ni mesti botak dulu. Aku tengok Jongos melompat-lompat.

“Danish, tolong cikgu”

“Tunggu dulu cikgu. Tengah klimaks ni. Tarik! Tarik! Rambut siapa botak dulu, aku belanja makan!! Hahaha!! Tarik jangan tak tarik” jerit Jongos kasi semangat. Cis, bukannya nak leraikan siap kasi semangat lagi. Lagilah semangat aku nak bergaduh. Tiba-tiba telinga Jongos dipiat cikgu Im. Merah telinga laki aku tuh. Tulah, bengong sangat.

“Hoi, dah-dah.” Marah Jongos. Aku ngan Ratu buat do no jer. Wah, mesti malu si Jongos nih. Yelah dapat bini gangster macam aku ni.

“Minah-minah senget sekalian, berhenti. Berhenti, siapa tak berhenti, aku pulak join tarik rambut.” Ugut Jongos. Jongos tarik tangan aku ngan tangan Ratu. Kitorang terdorong ke belakang sikit. Fuh, nasib baik tak jatuh. Kalau tak dah miscarriage aku nih.

“Kenapa kau kacau daun, ha” marah Ratu.

“Dah, dah, korang betul-betul nak post captain tuh, ok kita buat pertandingan. Sape dapat undi paling banyak, dia menang. So, dalam tempoh seminggu ni, cuba persuade kawan-kawan korang supaya afundi korang, ok. Is that clear, gurls. Ok, from now on, start fighting! Aja-aja!!” kata cikgu Im

Jam menunjukkan pukul 2.10 petang. Warga Nexus Private School pon macam itik keluar dari pintu pagar sekolah. Aku dengan Jongos pon berjalan berpegang tangan ke tempat parking motor. Sebelum naik skuter tu, minah yang bernama Ratu ni datang

“Kau ingat ok, siapa yang kalah, kena keluar terus dari cheersleader tu. Deal” kata si Ratu

“Deal. Tengok tapak kasut la. Mesti aku yang menang.” Lepas tu, aku tengok Ratu balik ngan Hakimi yang sekarang ni dah rasmi menjadi pak we beliau. Dulu, sedey gak, tapi lama-kelamaan, aku realize yang si Jongos ni much more better than him. Dahlah kaya, hensem, putih, tinggi, kuat..mende agi ek. Tinggi, manang amal..amat teriandai maka apai..si Hakimi tu dahlah gelap, tinggi gak tapi tak setinggi Jongos aku, kaya seposen je. So, aku memang sayangkan Jongos lagi. So there’s no point nak sedeh-sedeh lagi. Biarlah diowang bahagia tapi janganlah accident macam aku ngan Jongos ni. Wahai Jongos, kalaulah kau tahu yang aku ni dah jatuh sayang kat kau, macam mana ek.

Sedar tak sedar, kitorang dah sampai restoren . Aku order spaghetti, Jongos pulak makan laksa penang. Laksa penang hari-hari. Aku lupa, tu kan feveret dia.

“kau nekad nak berebut post tu ngan Ratu tuh.”

“Nekad, kenapa? Kau rasa aku kalah”

“Taklah, kau kan bini aku. Of course aku akan sokong kau. Tapi, aku sure yang kau takkan kalah”

“Macam mana kau sure sangat?”

“I juz know that.. aku akan makesure yang kau takkan kalah, and kau akan dapat post tu. So, my wife, aja-aja fighting!!” jerit Jongos. Semangat beb. Malu aku, habis orang tengok. Tapi, ayat yang Jongos cakap tadi, memang menghappykan aku. Dia panggil aku, my wife. Korang tahu tak betapa bermaknanya perkataan itu pada aku. Bermakna giler..

“cinta, aja-aja ok, jangan hampakan hubby kau yang hensem giler ni, ok.” Kata Jongos romantic. Dan, jari-jemari kami bertaut..Hangat dan mendebarkan..

No comments:

Post a Comment

comments