Selamat Tinggal Sayang OST

Tuesday, December 23, 2008

episod 7


Alamak, kena kawen!

Bab 7

-Alamak, rahsia pecah-

Aku tengok muka Jongos selambe je. Mamat ni tak ada naluri takut ke. Jumpa big boss macam jumpa bestfrenz je. Rileks je muka dia. Rahsia aku ngan Jongos dah pecah. Semuanya gara-gara CCTV yang ada kat Squash court tu. Video accident aku ngan Jongos pon ada . Apa lagi, mengamok arr big boss. Habis mama aku ngan harabuji si Jongos tu kena panggil. Sekarang ni aku tengah pegang tangan Jongos. Tangan dia tak sejuk, tak ketar. Tangan aku ni macam tangan orang sakit Parkinson tau tak. Takut, mama datang nanti!!

“Danish, Cinta kenapa kamu sanggup buat macam ni kat sekolah, ha. Walaupun sekolah ni sekolah private untuk anak-anak orang kaya , tak bermakna sekolah ni membenarkan perkara-perkara terkutuk tu berlaku. Kita masih ada agama, kan

“Masalahnya, kami tak salah. Semuanya berlaku tanpa diduga. Kami pon tak mahu accident bersama. Cikgu sendiri tahu macam mana keadaan saya ngan Cinta sebelum ni. Jadi, memang mustahillah kami accident atas kerelaan sesame sendiri” ujar Jongos yakin. Aku pelik mamat nih. Berani betol. Aku ada gak naluri takot. 1st time aku takut jumpa big boss.. selama ni, aku buat muka selambe badak jer..tak pernah ada ketakutan..

“Awak ingat saya percaya ke”

“Ikut suka hati cikgulah nak percaya ke tak nak. Saya tak boleh nak paksa. Kalau cikgu tak nak percaya.. tu masalah cikgu, sekurang-kurangnya saya cakap betul tak bohong..” balas Jongos lagi

“Awak ni memang tak pernah nak kekeringan idea kalau melawan saya, kan. Tuh mama ngan harabuji awak dah sampai”

Aku ketar tahap kronik. Aku ngan Jongos duduk kat sofa di luar bilik big boss. Jongos pegang bahu aku, skirt aku pun bergerak-gerak coz kaki aku pun dah start nak menggigil.

“Relaks la, Pendek.”

Sementara tu, kat bilik big boss..

“Oh, ye ke. Habis anak saya pregnant lah. Berapa bulan. Hai, muda-muda I dah bergelar nenek cikgu” balas Izzati(mak aku la tuh). Muka big boss canggung je. Maybe die terkejut kot mama aku rileks je. Nampaknya mama aku boleh terima kalau aku pregnant..Pelik ni..

“I pon tak kisah cikgu. Tapi diorang kena kawen la kan. Bagus jugak, kalau si Gong Chan tu kawen, boleh saya balik korea semula” Lee Shin Hwan menyampuk (Harabuji si Jongos). Big boss hilang kata-kata. “Tapi, I nak both my grandchild and my future grandchild tak dibuang sekolah. Cikgu kena ingat, I yang paling banyak menyumbang untuk pembangunan sekolah ni( sempat lagi mengungkit, sama macam si Jongos)”

“Tapi, ni undang-undang sekolah”

“Nampaknya I kena hentikan semua pelaburan I kat sekolah ni”

“Jangan macam tu Tuan, baiklah Danish ngan Cinta tak akan di buang sekolah”
“Thanks cikgu” balas Izzati. Lee Shin Hwan tersenyum.

“Tapi, saya nak diorang kawin cepat-cepat. So,saya akan gantung persekolahan mereka seminggu. Dalam masa tu, mereka akan berkahwin”

“No problem cikgu. Tuan Lee tak kisah kan

“Tak kisah. No wonder la kalau Cinta cantik, rupa-rupanya mamanya lagi cantik. Nice to meet you young lady”

“Ada-ada jelah Tuan Lee ni. Thanks for that compliment”

Big boss tengok pelik jer. Harabuji ngan mama aku sempat lagi ngorat kat dalam tuh. Mesti big boss frust menonggeng. Yelah, dia tu peminat mama sejak papa belum meninggal lagi. Mama pulak main mata ngan harabuji, kesian kat big boss.

Rupa-rupanya mama tipu aku hidup-hidup..balik rumah teruk aku kena ngan mama..Dua kali mama tampar aku..

“Mama tak sangka Cinta boleh conteng arang sampai macam tu sekali kat muka mama”

“Tapi mama, bukan kehendak Cinta untuk jadi macam nih..Mama sendiri tahu kan macam mana Cinta ngan Jongos sebelum ni. Pantang jumpa mesti bertumbuk. Mustahil kami buat semua tu atas dasar suka sama suka. Tapi kenapa mama macam tak kisah je kat sekolah tadi”

“Danish tu kaya-raya kan..” soal mama aku dengan senyuman.. aku mula rasa tak sedap jantung. Mama senyum je macam kerang yang baru habis mandi..

“Kenapa, mama?? Famili si Danish memang kaya. Tapi harabuji Danish, bukannya Danish”

“Tapi, lepas si harabuji Danish tu mati mesti bisnes jatuh ke tangan Danish jugak..So, walaupun memalukan, mama nak Cinta kawen gak ngan Danish tu. By hook or by crook, you must marry him.”

“Mama nak suruh Cinta kikis semua harta Danish”

“Bukan kikis semua..tinggal la sikit untuk die..Buat beli beras. Orang korea pon makan nasik juga kan. Syarikat kita sekarang dah tunggang-langgang. That’s why mama akan cuba pikat harabuji si Danish tu and Cinta pulak..buat si Danish tu sayang giler kat Cinta.”

“Mama..” kataku tanda protes

“Dengar dulu plan mama ni.. Lepas si Danish cinta tahap gaban kat kau, kau jolok-jolok sikit. Kikis apa yang patut.”

“Mama,. Cinta tak nak. Cinta masih ada maruah.”

“Maruah?? Are you talking about pride. Kau dah tak ada itu, tau. Danish dah ambik maruah kau. Tolonglah rancangan mama ni. Mama mesti selamatkan syarikat tu, sebab tu tanda cinta papa terhadap mama. I can’t loose it”

Aku tengok muka mama seposen jer..Berlakon la tuh, nakkan simpati. No way, mama!! I’ve set my mind. Aku takkan buat mende tu. Apa yang terjadi sekarang ni bukan salah sesiapa. Tapi, syarikat tu simbolik cinta papa kat mama. Takkan aku tergamak kehilangan itu. Arghh, aku di persimpangan dilemma. Tiba-tiba, mama memegang tangan aku. Mama nangis, ala mama dah mula perang psychology ngan aku. Aku mana tahan..

“Habis tu, mama pura-pura suke je la kat harabuji si Danish tu tadi” soalku. Aku tengok mama angguk. Patutlah, ada bebola daging dalam timbunan spaghetti rupa-rupanya. Tanpa sedar, aku angguk.

“Cinta akan tolong mama. Tapi, semuanya demi arwah papa. Lepas semua harta si Danish, Cinta kikis, Cinta nak pergi jauh..Mama tak boleh halang tau”

“Ok..Suit yourself”

Danish, maafkan aku. Semuanya unintended..

Sementara itu kat rumah Danish..

Danish menggeleng-geleng. Pensil yang diletakkan di telinganya tadi, ditarik balik. Dia menulis sesuatu.

“Mana boleh macam ni. Aku akan tetapkan Uk atau US sebagai lokasi aku untuk belajar..aku mesti rancang masa depan mulai sekarang coz aku akan bergelar papa. Aku mesti belajar untuk handle bisnes tuh.” Danish tersenyum sambil merancang hidupnya bersama Cinta. “Nanti aku kawen, aku akan tinggal kat condo yang dekat ngan sekolah. Beli skuter. Kerja sikit coz nak tampung famili aku. Kamilah parents termuda zaman sekarang.” Selesai Danish membebel, dia mencapai gambar Cinta.

“Pendek..pendek.. kalaulah kita tak accident, tak mugkin aku boleh kawen ngan kau. Sampai mati la kau tak tahu yang aku suka kau sejak form 1 lagi walaupun kau ni sengal tahap gaban. Hish, tak sabarlah aku nak kawen ngan kau..bestnyer..”

“Kita akan jadi the best couple..kita buat big boss jeles ngan kebahagiaan kita. Aku takkan gaduh ngan kau lagi”. Danish senyum, teddy bear besar didakapnya, itu hadiahnya untuk Cinta. Tiba-tiba dia bersin. Inhaeler dicapainya. Selesai menyedut, dia tersenyum lega. Hish, pasal kau la, bear. Berbulu sekali, kau tak tahu ke yang aku ni asthma..

“Pendek..saranghaeyo. I love you damn much”

Danish tertidur hingga ke pagi dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Bear besar berbulu itu didakapnya sepenuh hati.

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face the world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

1 comment:

  1. wwiii !! suwit larh novel nie ! saper pnyer idea nie kak ?? akak mmg terbaik ! kelakar tahap gaban novel nie !

    ReplyDelete

comments