Selamat Tinggal Sayang OST

Wednesday, December 31, 2008

episod 19



Bab 19 (part 1)

Alamak, kena kawen!

-Autumn in my heart-

Awal September..

Aku menolak wheelchair Danish menyusuri persisiran pantai Pulau Jeju. Hampir seminggu disini, baru hari ini kami keluar kerana Danish semakin pulih. Jika hari-hari sebelum ini, Danish akan terbaring di katil kerana tidak mampu bangun, hari ini dia menaiki wheelchairnya sendiri dan mengajakku keluar. Ingin menghirup udara segar. Hari ini aku bangun agak lewat kerana semalam…

“Oppa, Iana nak mintak sesuatu boleh??”

“Mintak apa??”

“Masa kita sekolah dulu, ramai orang kata muka oppa macam Lee Wook Wok. Mende tah nama dia, tapi orang kata dia comey. Macam oppa”

“Lee Dong Wook, sayang. Jom kita pergi tengok dia” katanya. Tengok dia?? Tengok kat ne. aku tolak Danish ke bilik dan capai satu VCD untuk dia. Mai Gol?? Mende nih?? Selepas itu kami ke ruang tamu. Aku memasang VCD itu.

Menghabiskan masa selama 16 jam tanpa henti menonton cerita itu membuatkan aku tidur lewat. Dekat pukul 4 pagi, baru kami tidur. Di Pulau Jeju, kami tinggal di villa keluarga Danish. Banyak betul rumah famili dia nih. Jeles pulak!!

“Betul oppa. Muka oppa mirip ngan Lee Wook Wok tuh” kataku. Dia ketawa. Ketawa pertama sejak dia sakit.

“Lee Dong Wook..tulah dulu tanak percaya. Baru perasan yang oppa ni comey. Sape lagi hensem dia ke Oppa”

“of course oppa. Oppa je hensem kat mata Iana. Hidung oppa tajam, hidung Lee Wok Wook tu pesek. So, oppa la hensem” kataku.

“Pandailah bodek..” katanya. Hidungku ditariknya.

Aku tersentak. Pegangan tangannya menyedarkan aku ke dunia nyata.

“Jom, oppa nak duduk atas pasir nih” katanya. Aku memapahnya. Kami duduk di pasir. Dia berbaring di pahaku. Rambutnya aku elus.

“Sunyi Isya tak ada, kan” katanya tiba-tiba

“dia yang tanak ikut. Nak duduk kat Malaysia ngan nenek dan harabuji dia. Dia pelik sikit, biasanya budak 3 tahun ni tanak berenggang ngan parents, dia heppy pulak kita tinggal” kataku.

“Bagus jugak dia tak ikut. Tak payah nak cover-cover line. Kat sini kita bebas. Bebas nak kiss macam ni” katanya. Serentak itu, bibirku dikucupnya. Lama..hangat. Masih mengasyikkan seperti dahulu.

“Saranghaeyo..” katanya.

“Kita balik Malaysia buat kemo ok. Kita buat. Kita ikhtiar”

“Oppa berat nak balik. Oppa tanak buat kemo lagi. Sakit Iana. Sakit sangat. Rambut oppa sikit sebab buat kemo. Badan oppa lebam sebab buat kemo jugak. Iana, oppa dah tak sanggup. Tak sanggup. Sakit sangat”

“Iana tanak kehilangan oppa. Iana tak sanggup dan tak mampu”

“Setiap orang akan mati, Iana. Cuma tak tahu bila dan macam mana. Macam oppa, oppa diramal akan mati dalam masa 3 bulan. Tapi, kalau tuhan nak tarik nyawa oppa sekarang pon dia boleh buat. Sebab dia maha berkehendak. So, kalau oppa dah pergi nanti, Iana sabar dan redha, ok. Ini semua takdir tuhan”

“Iana tanak berpisah ngan oppa. Perpisahan dahulu buatkan Iana perit.”

“Oppa rela bercerai mati dari bercerai hidup ngan Iana. Sekurang-kurangnya, banyak memory manis boleh Iana kenang kalau Iana rindukan oppa. Lagipun, teddy kan ada. Dia pengganti oppa. Kalau oppa pergi nanti, jangan nangis tau. Nanti oppa sedey. Oppa nak Iana sabar dan kuat demi Danisha. Oppa memang tak sempat jaga dia, tapi tolong bimbing dia jadi muslimah yang baik. Oppa tanak Iana bazirkan air mata untuk oppa lagi. Senyumlah andainya Oppa pergi, nanti”

“Senyum, jangan nangis?? Oppa, kenapa suruh janji bende yang memang sure Iana tak boleh buat. Iana tanak janji dan tak boleh janji.” Bercakap seperti ini sahaja, air mata ini sudah mengalir. Apalagi menerima pemergiannya..Aku lihat dia sudah lena. Wajahnya tenang. Aku senyum. Aku elus wajahnya. Bibirnya aku kucup lagi. Serentak itu, senyumannya lebar dan dia tidur sehingga matahari terbenam di ufuk barat..

Menatap indahnya senyuman diwajahmu

Membuatku terdiam dan terpaku

Mengerti akan hadirnya cinta terindah

Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata yang tak mampu kuungkapkan

Kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu

Hadir dan temani aku

Disetiap langkah yang meyakiniku

Kau tercipta untukku

Sepanjang hidupku…

Pagi itu aku terjaga pabila loceng rumah dibunyikan dengan kuat sekali. Aku terjaga. Danish masih tidur kesan pengambilan ubatnya tadi. Dengan memakai bathrobe, aku ke luar. Membuka pintu. Aku ternganga..

“Assalamualaikum mama..”sapa Isya. Aku pandang sekeliling. Mama dan harabuji juga datang!! Nanny dan Pak Uda juga. Air mataku menitis. Sesungguhnya aku rasa lebih kuat sekarang. Ramai yang menyokongku dari belakang. Mama memelukku pula kemudian nanny. Mereka aku jemput ke rumah.

“Danish sihat” soal mama dan harabuji serentak.

“Tak berapa sihat harabuji. Semalam dia demam sampai pitam. Sampai sekarang masih tidur. Anyway thanks..korang akan kuatkan semangat Cinta. Cinta tak mampu nak hadapi sorang-sorang.” Kataku

“Kami datang sebab kami nak support dan tolong Cinta. Nanny risaukan Cinta dan Danish. Harabuji setiap malam solat tahajjud demi kesihatan Danish” sampuk nanny. Aku mengangguk sahaja. Tiada kata yang mampu ku ucapkan. Hanya air mata yang turun pengganti bicara..

“Thanks..” kataku.

Tiba-tiba mata kami terpaku melihat Danish yang berpaut pada dinding rumah. Seksa benar melihat dia berjalan. Terketar-ketar, perlahan dan hampir rebah. Tapi, dia tabah dan kuat. Dia sering berjalan Cuma menggunakan wheelchair jika jaraknya agak jauh. Ingin menyalami harabuji, tetapi tangannya ketar dan tidak tetap. Sentiasa terketar-ketar. Harabuji dan Pak Uda memapahnya duduk.

“Sihat semua??” soalnya. Meskipun sakit, Danish tetap senyum meskipun hanya derita yang memenuhi matanya.

“Sihat…” balas Isya tiba-tiba. Dia memeluk Danish. Danish mengelus wajah Isya meskipun tangannya terketar-ketar begitu..

“Isya sayang papa. Papa jangan tidur lama-lama macam hari tu. Penat Isya tunggu papa” katanya. Dia mengambil tangan Danish dan diurut dan dikucupnya lembut.” Papa jangan tinggalkan Isya lagi tau. Isya nak pergi jalan-jalan ngan papa lagi. Nak makan mc’d ngan papa lagi. Kalau ngan mama, mama marah makan mc’d.”

“Isya doakanlah papa sihat, ok. Papa memang tanak tidur lama-lama lagi. Papa rindukan Isya. Papa nampak Isya je dalam mimpi papa.”

Perbualan mereka berdua memedihkan hatiku. Air mata turun tanpa ditahan lagi. Mama, harabuji, nanny dan Pak Uda turut menangis.

“Mama, kenapa nangis” soal Isya. Anak kecil ini tidak mengerti apa-apa lagi. Kenapa dia juga diuji..

“Mama kecik hati ngan papa tau. Dia asyik mimpikan Isya je. Dia tak mimpi pon pasal mama” kataku. Danish senyum. Aku juga senyum. Danisya kelihatan bingung..

Melihat fizikal Danish kini, aku jadi ingat pada cerita One litre of tears. Penderitaan mereka sama. Bezanya, kisah Danish benar, kisah Aya pula hanya lakonan. Hari itu, kami beramai-ramai pergi ke tepi pantai. Harabuji dan mama kelihatan romantis dibawah pokok yang sedang menggugurkan bunganya. Danish bergurau senda bersama Danisya. Dia kelihatan ceria dan berseri-seri sejak kedatangan Danisya. Benarlah kata orang, anak itu ubat yang munjarab. Aku pula?? Bersendirian sambil mengutip bunga-bunga yang gugur dari pokoknya. Bunga sakura!! Cantik sekali. Kenapa sewaktu aku tinggal di Korea dahulu, tidak pernah aku kisahkan musim yang menjengah. Aku hanya sibuk menguruskan Danisya dan saloon itu sahaja. Juga menangis merindui Danish..

Kami pulang tatkala matahari melabuhkan tirainya. Sewaktu berjalan pulang, Danish meminta agar tolakanku diberhentikan. Aku lihat dia bangun dan mengutip sekuntum sakura yang masih pink. Belum kering tetapi sudah jatuh ke tanah.

“Cantik Iana pakai macam nih. Jangan tanggalkan tau. Simpan bunga ni baik-baik..” katanya. Aku menjeling ke arah bunga yang sudah terlekat di rambutku. Aku mengangguk. Akanku jaga bunga ini sepenuh hatiku. Semuanya demi Danish.

“Oppa harap oppa dah bagi memory indah yang secukupnya untuk Iana. Lepas oppa pergi, kenangkan oppa dengan memory-memory indah yang pernah kita cipta..” Aku tunduk. Mahu menyembunyikan wajahku yang basah dengan air mata kini.. dia mengangkat wajahku

“Dan jangan bazirkan air mata Iana lagi demi oppa” katanya lembut

“Maafkan Iana Oppa. Iana tak sanggup nak hadapi semua nih” kataku. Selepas itu, kami berpelukan. Daun-daun kering gugur ke tanah dan memenuhi permukaan bumi..

Awal oktober..

Mata Danish terbuka luas setelah 2 hari pengsan tidak sedarkan diri. Sebulan berlalu dengan cepatnya. Walaupun tenat, Danish berkeras tidak mahu ke hospital dan menjalani apa-apa rawatan. Adakalanya, aku pasrah. Sewaktu dia terjaga, cap pemberianku dahulu dicarinya..

“Cari nih” soalku. Aku lihat dia tersenyum dan mengangguk. Rambutnya yang sedikit aku rapikan sebelum aku letakkan cap itu dikepalanya. Cap hitam dengan tulisan -Pendek luv Jongos- yang aku tempah 4 tahun lepas masih baik dan baru.

“Hari ni oppa nak ke pantai” katanya tiba-tiba. Ke pantai?? Dia bakal demam jika ke pantai lagi. Lagipun hari masih pagi. Semua yang ada di villa ini belum bangkit lagi. Aku menggeleng lembut

“Kita pergi petang nanti. Semua orang tak bangun lagi. Kita pergi petang-petang bawak Isya baru seronok. Lagipon pagi lagi nih. Nanti oppa sakit pulak” kataku lembut. Tapi, dia buat bodoh jer. Dia ke almari baju dan memakai sweater, stoking beserta blanket. Satu mp3 juga ditariknya.

“Oppa dah pakai sweater dua lapis, stoking ngan blanket lagi nih. Gerenti tak demam punya. Jomlah. Ataupon oppa pergi sendiri nanti”

Ugutnya. Aku jadi gelabah. Mahu tak mahu, aku harus menuruti kemahuannya. Kalau tak, tarik muncung 14 ler. Tanpa pengetahuan sesiapa, aku dan Danish sudah ke pantai.

Udara pagi yang sejuk dan nyaman menenangkan jiwaku. Rambutku terbang ditiup angin. Aku memapah Danish dan kami duduk diatas pasir pantai. Kepala Danish dibaringkan di pahaku. Suka sekali, dia kalau aku meribanya. Aku merenung ke dalam matanya yang selama ini terlindung oleh kaca mata. Sepetnya mata dia!! Tiba-tiba dia mengeluarkan mp3. satu headphone di telingaku. Satu lagi ditelinganya. Lagu Tears In Heaven nyanyian Eric Clapton berkumandang..

Would you know my name if I saw you in heaven

Would you be the same if I saw you in heaven

I must be strong and carry on

Couse I know I don’t belong here in heaven

Would you hold my hand if I saw you in heaven

Would you understand if I saw you in heaven

I found my way

To night and day

Couse I know I just can’t stay here in heaven..

“Saranghaeyo..” bisik Danish perlahan. Aku tersenyum. aku lihat dia bangkit dari ribaku dan berbaring di atas pasir pantai. Aku kaget. Dia menepuk-nepuk lengannya. Aku buat do no jer..Dia kelihatan geram dan menarikku untuk tidur berbantalkan lengannya..Entah bila, tanpa sedar..aku dan dia tertidur bertemankan deruan ombak yang tidak henti-henti memukul pantai…

Bab 19 (part 2)

Alamak, kena kawen

-finally akhirnya-

Suasana mendung hari ini. Selesai upacara pengebumian Danish aku masih bingung. Tidak dapat membezakan antara reality dan fantasy. Adakah ini semua mimpi atau anganku sahaja. Danish ditanam di sebelah kubur mama dan papanya di pulau ini. Pulau yang menyimpan seribu kenangan tentangnya. Aku lihat Danisha juga bingung. Aku tidak boleh menangis, aku harus redha dan senyum. Itu pesan oppa!! Itu pesan oppa!!

Satu persatu rakanku dan keluarga meninggalkan perkarangan kubur. Amira, Azira, Soleha beredar. Athiqah datang bersama Ratu dan Hakimi. Semuanya kelihatan sugul dan sembab. Aku sahaja yang tidak menangis. Hanya aku!!

“mama, kenapa papa nak duduk dalam tu. Papa tak takut ke?? Tidur sorang-sorang dalam tuh” soal Danisya.

“Isya kena terima tau. Mulai hari ni papa takkan duduk ngan kita lagi. Papa dah pergi jauh..jauh sangat. Papa dah pergi menghadap Allah. Papa takkan balik dah. Allah sayangkan papa sebab tu Allah ambik papa. Isya kena sabar tau sebab papa dah meninggal.” Kataku. Aku lihat Danisya angguk. Menangis tidak, hanya diam..

“Habis tu, Isya dah tak ada papalah. Isya nak main ngan sape nanti” soalnya. Aku lihat dia menangis.

“Main ngan mama. Makan mc’d ngan mama. Pergi jalan-jalan ngan mama. Mulai hari ni, mamalah mama dan papa Isya tau. Dah, pergi ikut nenek ngan harabuji balik. Kata kat diorang mama balik sendiri nanti’ kataku. Selepas itu Danisha menghilang dari pandangan. Selepas itu aku terduduk di hadapan kubur Danish. Batu nisan itu aku pegang. Mataku dipejamkan..

“Oppa, Iana balik dulu. Oppa berbahagialah kat sana. Iana janji akan jaga Isya dan bimbing dia jadi muslimah yang baik. Oppa selalu temankan Iana tau. Jangan pernah tinggalkan Iana. Iana balik dulu. Iana cintakan oppa. Iana takkan lupakan oppa dan semua kenangan yang kita cipta bersama. Iana akan menangis sebab teringatkan kemanisan hubungan kita. Iana akan kuat demi oppa. Demi oppa!! Aja-aja oppa!! Bashha!” kataku. Aku gagal. Air mata jatuh juga. Aku menangis terhinjut-hinjut. Maafkanku Danish kerana tidak dapat menepati janji kita..aku harus menangis. Aku mesti..

2 tahun kemudian.

Pulau Jeju, Korea..

Selesai membaca yasin dan solat sunat hajat, aku mendukung Danisha dan membawanya ke bilik. Aku menyelimuti tubuhnya. Dua tahun berlalu begitu pantas. Terasa baru semalam Danish pergi meninggalkanku. Aku masih tinggal di villa ini. Menguruskan cawangan saloonku disini. Kali ini diberi nama Sarangahae Saloon..

Aku mencapai teddy. Aku peluk. Ada air mata tumpah diatas teddy ini. Bunga sakura pemberiannya 2 tahun lalu aku cium sebelum letakkan di dalam sebuah bekas. Air mata ini tidak pernah berhenti mengalir. Aku menarik selimut menutupi dada. Suara-suara itu bergema semula..

“Kalau oppa dah tak ada nanti, anggap sahaja bintang-bintang kat atas sana tuh mata oppa. Dan oppa selalu perhatikan Iana. Selalu menemani malam-malam Iana. Selalu jaga Iana. Bintang yang paling terang tu pulak menandakan oppa tengah bahagia. So, kalau oppa dah takde, Iana jangan sedey sangat sebab banyak bintang kat sana boleh jaga Iana.”

“Oppa jugak akan jadi kekasih Iana sampai bila-bila. Walaupun selepas oppa tak ade nanti, Iana masih kekasih oppa. Masih dan takkan berubah”

“Engkau masih kekasihku. Dan aku masih kekasihmu..”

Jauh di lubuk hatiku

Masih terukir namamu

Jauh di dasar jiwaku

Engkau masih kekasihku..

-Some people come into our lives, and quickly go..

Some stay for a while, leave footprints in our hearts

And the heart never be the same-

Lampu ditutup.

“saranghaeyo Iana..”.

Mataku dipejamkan. Bersedia untuk menemui mimpi-mimpiku yang indah tentangnya..

Aroma lavender memenuhi ruangan bilik..Hangat dan menenangkan

“Oppa..saranghaeyo..”

“Ara…(I know)..saranghae..saranghae..saranghae..”

-TAMAT-

P/S: sowie kalau ending kuwang memuaskan.. sowie kalau ada yang tak puas hati ngan ending ney..and for geng rathe manith (azira, mira, soleha, ratu, imtinan, alia, athiqah ngan Izzati..) thanks coz sudi pinjamkan nama kowang untuk citer aku ney..ok..Rathe manith 4ever..thanks gak kpd reader citer ney yg sudi komen citer ney..luv u’olls..

11 comments:

  1. bst tol cte ni..smpai ngs ni..mynth tol cte ni kt dlm ati..apa2 pn bt lh g cte yg bst mcm ni ya..:)gud lck:)

    ReplyDelete
  2. ahhh...sakitnya dlm dada ni menahan tangis....walaupun terkeluar airmata sikit....

    ReplyDelete
  3. start dari petang sampai maghrib, baca habis semuanya... air mata jatuh juga, huhu sedih gilerr citer nih

    ReplyDelete
  4. best sgt cite ni..tapi sedih sampai meleh air mate..yang penting cinta dapat terima pemergiaan danish

    ReplyDelete
  5. citer nie mmg sngt sedih tpi best ! daebak !

    ReplyDelete
  6. cite ni mmg bess, superb, ketawa, geram, n lastly nangis...
    congrats to u lavender....
    10 big stars....

    ReplyDelete
  7. huuuhuu~ sedihnye ending die. menangis tahap cipan... good job writer!

    ReplyDelete
  8. Sedihnyaaa :'( Suka baca !! Menangis tak henti... Tahniahh!! ^^

    ReplyDelete
  9. sedih sgt............nape x hepi ending

    ReplyDelete
  10. sedih sangat!!! tak sanggup baca sampai abis sebab ending cerita ni sedih sangat!! tapi banyak2 cerita yang saya baca, kali ini nangis sangat2...

    ReplyDelete

comments