Selamat Tinggal Sayang OST

Tuesday, December 23, 2008

episod 14


Bab 14(part 1)

Alamak, kena kawen!!

-fated to love you (n_n)-

Aku genggam tangan Jongos. Tik..tik. mesin jangka hayat berbunyi. Bangunlah Jongos, dah dua hari kau tidur, kau nak tinggalkan aku, ke??

“Oppa..bangunlah. bangunlah. Jangan buat Iana macam nih. Jangan tinggalkan Iana ngan baby. Bangunlah oppa..” rengekku. Hampa, tiada respons. Hakimi yang ditembak di lengan sudah sembuh manakala Ratu pula dibuang sekolah tanpa tindakan police kerana sebelum pengsan, Jongos suruh lepaskan Ratu. Kalau ikut hati aku memang aku sumbat minah tu dalam jail. Peluru tu kena lengan kanan Jongos, tapi Jongos still pengsan sampai dua hari even doctor pon musykil. Aku tak inform kat sape-sape pon pasal hal ni. Even kat harabuji ngan mama aku sekalipon. Aku tak nak harabuji yang tak berapa sihat turun M’sia lagi. Lagipun,hanya kecederaan di tangan, insyaallah Jongos ni tak apa-apa.

Tiba-tiba tangan Jongos bergerak-gerak. Matanya terbuka.

“Oppa..Oppa!!” panggilku

“Iana..” panggilnya lemah. Dadaku sebak tiba-tiba.

“Oppa tak apa-apa..”soalku dengan linangan air mata.

“Iana…oppa lapar..nak makan..” katanya. Aku ketawa. Aku membuka bubur yang dimasak khas olehku. Aku suakan ke mulutnya.

“Sedap??” soalku.

“Er..best..best nak lagi” katanya. Karang aku kata tak best merajuk pulak. Biarlah, aku rela makan bubur masin ni dari Pendek ni lari macam hari tu. Nanar aku cari.

Habis satu bekas bubur Jongos makan. Wah, berbaloi percubaan pertama. Tiba-tiba doc masuk dan memeriksa keadaan Jongos. Esok, Jongos sudah boleh pulang. Yahooooo…

Hari ni pagi-pagi lagi aku bangun kejutkan Jongos. Sengaja nak buli dia yang telah bersenang-lenang lamanya di rumah, sedangkan aku terpaksa ke sekolah dan mengambil nota untuknya. Jongos terpisat-pisat bangun.

“Oppa, jom jalan-jalan.”

“Ala, malaslah. Oppa nak tidur. Letih sangat”

“Ala..” rengekku. Hasrat hati ingin merajuk. Tapi, Jongos dah kembali semula ke alam fantasi. Owh, tidor ye..jaga kau. Aku pon keluar bilik, masuk bilik karaoke. Aku capai radio, bawak masuk bilik aku ngan Jongos.

Aku masukkan cd ost full house. Aku pilih lagu 3 bears.

Appagom

Ommagom

Aegigom

Hisuk hisyuk

Charhanda..muah!!

Muah tu aku benamkan kat dada Jongos yang tidak ditutupi sehelai kain. Biasanya aku nyanyi lagu ni sambil melompat-lompat tapi kini tidak lagi. Jongos terjaga. Dia menarikku ke katil, dan mengiring ke arahku. Daguku dipegangnya.

“Nakal tau” ujarnya. Hidungku ditariknya. Kalau hari-hari kena tarik hidung, jadi pinachio la aku.

“nak pergi jalan-jalan. Nak pergi makan. Bangunlah oppa.”

“Malaslah. Esok ok. Oppa letih ngat ni”

“Tapi, hari ni kena check baby kita. Nak tahu boy or gurl. Takpelah, biar Iana gi clinic sorang-sorang. Biar orang ingat Iana ni ibu tunggal.” Kelentongku. Nasib baik hari ini merupakan tarikh check up aku kat hospital ibu mengandung tu. Ada juga modal nak ugut si Jongos.

“Ye ke?? Iana tunggu oppa mandi dulu” kata Jongos. Aja-aja!!

Hamper setengah jam aku tunggu Jongos kat ruang tamu. Last-last Jongos turun. Aku terbangun dengan mulut yang ternganga. Hensemnye Jongos. Hari ini Jongos pakai serba hitam. Aku tengok ada kunci kereta kat tangan dia. Maknanya kami akan merewang naik compressor. Maybe dia dah sedar kot yang skuter ego dia tuh dah tak sesuai ngan wanita mengandung cam aku nih.

“Jom..” katanya. Aku pon gi ngan dia.

Lama siot tunggu lift. Aku pon lentokkan kepala aku kat bahu Jongos dan Jongos terpaksa bongkokkan sikit dirinya demi aku!! wah..tiba-tiba..

“Oppa tahu tak berapa lama lift dari ground floor ke floor ke 27, iaitu floor condo kita sekarang”
“Tak tahu. Ada ke orang yang perhatikan semua tu.”

“Ada. Ia mengambil masa selama 1 minit 40 saat. Kata orang, kalau kita tahan nafas and make a wish, maybe wish tu boleh jadi nyata.”

“Ada-ada je Iana ni. Oppa tak percaya”

“Tak percaya sudah” kataku. Eleh, tak percaya konon. Nanti kau buat jugak aku tahulah. Ting….lift berbunyi..

Kat dalam lift aku tengok Jongos diam je. Aku pon buat do no jelah. Aku pon tengok Jongos. Muka dia merah ngan seksa ngat.

“Oppa tahan nafas, ek” Kataku serkap jarang. Aku tengok dia menggeleng. Aku gelakkan dia. Dia still macam tu sampailah aku geletek badan dia.

“Oppa percaya ek bende yang Iana cakap tadi”

“ma..mana ada” katanya. Wajahnya merah, malu mungkin. Aku biarkan sahaja sampailah kami tiba di ground floor.

“Oppa, apa yang Iana bagitahu tu semuanya kelentong.”

“Dah agak dah” katanya sambil dahiku ditolaknya.” Mana pak Uda nih” katanya tiba-tiba.

“Pak Uda?? Maknanya bukan oppa yang drive nanti”

“La..Oppa bukannya ada lesen nak drive. Setakat nak drive skuter bolehlah. Ala, ingatnya Jongos yang drive boleh mesra-mesra, ni ada Pak Uda boleh mesra jelah..Mesra..

Kat clinic..

Aku tengok mulut Jongos ternganga tengok baby hasil dari scan ni. Inilah yang selalu terjadi bila Jongos tengok imbasan bayi kat computer ni. Doc Arin menerangkan heartbeat baby kami, sifat-sifat baby dan jantina.

“Congrats, baby boy Cinta, Danish”. Aku tersenyum. Jongos menghadiahkan ciuman di pipiku. Hisy, depan doc pulak tuh. Gelojoh betul.

“Bila due, doc” soal Jongos

“2 bulan lagi. Insyaallah lepas SPM. Lepas raya” terang doc Arin. Dua bulan lagi, maknanya ada dua bulan lagi waktu aku ngan Jongos. Macam mana kalau Jongos tahu aku nak kikis dia sebelum baby ni lahir. Tapi, aku tak nak kikis Jongos. Aku mesti beritahu mama yang aku tak nak khianat Jongos. Tuhan, aku tak sanggup nak berpisah ngan Jongos.

“so, I nak you jaga baby ni baik-baik ok. Danish tolonglah picit-picit Cinta kalau dia sakit. Cinta jangan buat kerja berat-berat tau” pesan doc Arin.

Aku ke kaunter ubat. Setelah selesai, aku ingin mendapatkan Jongos yang sedang merenung walletnya.

“oppa, tengok mende”

“Nih, mama ngan papa. Oppa cakap kat diorang yang diorang akan ada cucu. Diorang happy. Kan best kalau diorang hidup lagi” kata Jongos. Aku tersentak, ada sesuatu di pipi Jongos. Ya, itu..air mata. Aku memegang bahu Jongos. Air matanya aku seka..

“Mereka meninggal 3 tahun lepas. Diorang bercadang nak ke London untuk honeymoon. Tapi, belum sempat sampai KLIA, diorang accident. Oppa tak boleh terima mereka meninggal. Sebab tu, oppa masih anggap yang mereka masih dalam perjalanan ke London lagi. Tapi, dah terlalu lama , and I can’t stand it anymore Iana. I can’t”

“Oppa..jangan sedih-sedih ok. Jom, Iana belanja makan,nak tak”. Aku lihat Jongos tersenyum. Jongos menarikku ke suatu tempat. Kami tiba di jejantas. Di situ, Jongos menjerit..

“Saranghaeyo Iana…saranghaeyo..i luv you.” Aku ketawa. Jongos menjerit sambil tangannya didepakan dan matanya terpejam. Aku memeluknya dari belakang. Jongos memusingkan badan. Daguku dipegangnya. Kami….cuba teka kami buat apa..

Lama, barulah kami saling melepaskan..

“Esok, puasa tau. Kita kena start study. Kita kena study demi baby kita, ok” kata Jongos. Study!! Arghh, fobia. Lemah semangat. Macam mana kaki tido dalam kelas macam aku ni nak study. Tapi, demi baby aku akan cuba..aja-aja!!

Selepas itu, aku dan Jongos ke mall untuk membeli barangan baby. Oleh sebab ni baby boy, banyak barang warna blue, as blue is for boy. Aku pon tak tau dari mana theory ni diambik. Hampir jam 10 malam, aku dan Jongos pulang.

“Oppa, ngantuk. Jalan jam..”

“Sabarlah. Oppa pon ngantuk gak. Esok kena sekolah. Malasnya!!”

“Ngantuknya” kataku disusuli dengan nguapan yang kuat. Jongos menepuk-nepuk bahunya. Aku faham isyarat itu tapi, buat bo layan jer..

“Hisy..” keluhnya. Aku senyum. Dia menarik kepalaku dan dilentokkan dibahunya, dan aku terjatuh ke dalam dunia yang begitu tenang..

Bab 14(part 2)

Alamak, kena kawen!

-apologize-

Danish mengeluh. Sudah hampir 2 jam dia di dalam kereta walaupun mereka sudah tiba di condo.

“Iana, bangunlah….”rengek Danish entah kali ke berapa. Arghh, tak ada jalan lain. Kena angkat jugak. Danish pon dengan kudrat yang ada mengangkat Cinta. Mak datuk!! Berat siot minah ni. Ala, sedarlah. Dahlah rumah kita kat tingkat 27, kena naik lift dulu. Aku merayu ni, bangunlah. Hampa, tiada resons.

Danish meletakkan Cinta di katil. Inhaeler dicapainya. Semput aku dibuat budak ni. Tapi, demi bini tercintan ke Alaska pon sanggup ku renangi. Baru nak landing atas katil, handphone Cinta berbunyi. Telefon berbunyi, ini serius, mesti Bantu dia. Ada orang dalam bahaya..dalam bahaya di sana!! Selesai mengalunkan lagu wonderpets, Danish mencapai handphone Cinta yang serba pink itu. Ada message!!ada message!! Ni cartoon blue’s clues pulak..

-Cinta, kau dah siap tak lagi kerja kursus add math. Esok Cikgu Cantik nak tau. Esok trial subjek menda ek??-

Pendek, kenapa kau tak beritahu aku ada kerja kursus. Aku ingat zaman form 3 je ade. Rupa-rupanya form 5 pon ada lagi. Kenapa?? Kenapa?? Hmm..aku pasrah..huks

-esok trial subject bahasa iban. Mesti skor A kalau tak Cikgu Ruzy mengamok..- balas Danish.

Laptop dibuka. Ternyata dia harus menyiapkan 2 buah kerja kursus dalam masa lebih kurang…6 jam 39 minit lagi..Pak samad, pak Ali, pak mat, get set go!!!

Huarghhh!!! Sedapnya tidor. Hari ni 1st day pose, tapi aku ngan Jongos tak sahur pon. Takpelah, aku kan pregnant, kalau tak tahan buka jelah..huhu.. aku raba-raba tempat Jongos. Jongos tak ada!! Aku terus bangun. Mataku melilau mencari Jongos. Aku lihat ada dua buah kerja kursus di meja yang tertera nama kami berdua. Ha, kerja kursus add math!! Jongos dah buatkan!! Kamsa-hamnida oppa!! Aku pon terus bukak baju. Bajet nak gi toilet. Aku bukak pintu toilet. Aku tengok langsir bath-up tertutup. Mesti Jongos ada. Kacau sikit..

“Wacha!!!” jeritku sambil menarik tirai yang menutup bahagian bath-up. Aku terkesima. Aku lihat Jongos sedang tidur dengan nyenyaknya didalam bath-up. Gila lebam mata Jongos. Aku pon keluar semula ambik bantal, selimut. Biasanya, satu je jari dalam mulut. Kali ni maybe sebab ngnatuk ngat dua-dua ibu jari dalam mulut. Jongos, Jongos!!

“Oppa, Iana tak nak kejutkan Oppa lagi. Eh, oppa bangun, hari ni trial Spm” jeritku. Jongos bangun..

Tik..tok..ada 4 minutes lagi. Aku tengok suami aku dah beramah mesra ngan meja tuh dari tadi lagi. Aku jugaklah dari tadi tak jumpa penutup karangan nih. Wuarghh!! Tension giler bataks!!

“Ok, boleh letak pen atas meja. Your time is over!!” kata bigboss. Oleh sebab kelas aku ni kelas depan, so bigboss sendiri yang jaga. Aku tengok semua orang dah pass kertas kecuali..Jongos!!

“Cinta, maybe Danish memerlukan sentuhan isteri baru boleh bangun.”

Aku pon dengan muka comeynyer gi kat tempat Jongos

“Oppa..” panggilku. Kat sini ramai orang, takkan nak jerit..cover arr sikit. Tak ada cara lain..kena tarik kertas mamat nih.

Ya allah, ada peta dunia lain pulak atas kertas jawapan nih. Aku gelengkan kepala. Siap pass kertas jawapan, aku bajet nak gi kat Jongos. Tapi, Hakimi panggil aku. aku pergi jelah..

“Sorry pasal hal kidnap tu. Aku tak niat langsung. “

“Kimi, dah berapa ratus kali kau nak mintak maaf kat aku, ha. Aku tak kisahlah.”

“Tapi, aku tetap bersalah. Ratu pon mintak maaf. Dia dah bertaubat, dah masuk sekolah Al-Amin. Kami rancang nak kawin nanti” kata Hakimi. Kami shakehand

“Congrats..” kataku. Tiba-tiba satu tumbukan hinggap di pipi Hakimi. Dari…

“Berani kau sentuh bini aku.” jerit Jongos. Aku tutup telinga. Jongos tolak-tolak Hakimi..

“Oppa!! Oppa!! Stop”. Mereka buat bo layan je. Cis, kecik hati aku. aku gi kat mereka. Tiba-tiba Hakimi tolak Jongos dan Jongos jatuh atas aku. aku jatuh ke lantai. Sakitnyer..aku tengok ada darah kat skirt aku. banyak darah tuh..

“Oppa, sakit” jeritku. Lepas tu, aku tak ingat apa-apa lagi. Last thing yang aku dengar sebelum aku pengsan ialah jeritan Jongos..

1 comment:

comments