Selamat Tinggal Sayang OST

Friday, March 29, 2013

Bab 1


Bab 1.
Jun, 2006
         101 kuntum ros merah darah diambil dan diletakkan di atas tuala cotton bewarna putih. Humaira mencapai pula botol hijau berisi air itu. Satu persatu bunga ros itu diambil dan disembur dengan air yang diisi dalam botol hijau itu. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kesegaran dan keharuman bunga. Salah satu petua dari arwah ibunya yang juga penjual bunga sepertinya. Setelah kesemua ros itu selesai disembur, Humaira menuju ke almari putih untuk mengambil plastic wrap, reben dan juga kad. Dia menjeling sekilas ke arah pelanggannya yang khusyuk membaca surat khabar The Times sambil menghirup secawan nescafe.  Pelanggannya seorang lelaki. Lelaki yang kacak, untuk lebih tepat lagi.
         ‘Handsome......’ fikir Humaira nakal. Dia tersenyum gatal. Plastic wrap putih lutsinar bercorak hati itu dihampar di atas meja. 101 kuntum ros merah darah itu diambil. Diletakkan, disusun dan digubah supaya kelihatan cantik dan anggun. Maklumlah, 101 ros merah darah....hanya flower maniac sepertinya sahaja yang faham maksudnya.
101 kuntum ros merah darah=Marry me....(^^)....
        Oleh sebab itulah Humaira mahu flower bouquet yang dihasilkannya ini cantik dan perfect.
          “Excuse me, ermmm, bunga dah siap?” . Humaira tersentak.
          “Sikit lagi encik, saya nak hias kad dan buat reben” jawabnya gugup. Lelaki itu tersenyum pendek dan menyambung pembacaannya semula. Humaira rasa wajahnya panas.
         ‘Apasal kau gabra ni Maira......control, control. Sembunyikan kegatalan kau tu..hehe’
       Tanpa disedari Humaira asyik meneliti lelaki yang duduk di bangku kayu yang terletak di penjuru kedainya. Tinggi dan tegap orangnya. Tidak terlalu kurus dan tak gemuk orangnya. Kulitnya putih kemerahan. Hidungnya mancung dan matanya redup terselindung disebalik cermin mata yang dipakainya. Janggutnya sejemput.
          ‘Ha, sebab janggut sejemput dia tu la dia nampak manis and baiiikkkkk sangat.....’ngomel Humaira di dalam hati.
        Akhir sekali reben bewarna merah darah  itu diambil dan diikat pada jambangan bunga.
          “Encik, nak tulis apa ek kat kad ni?”
           Lelaki itu bangun dan menuju ke arah Humaira.
          “Ermmm, tulislah apa-apa pon...” balasnya selamba.
         “Kalau saya tulis marry me, ok?”
        “Ermmm, bolehlah.....” balas pemuda itu, kali ini nadanya terlalu selamba. Mata Humaira membulat.
          ‘Ada ke patut? Aku ingat dia ni romantic sangat. Entah dia faham ke tidak maksud simbolik bunga ni atau dia pakai taram aje beli. Buatke bunga ni nak bagi kat kucing dia ke? ‘ bebel Humaira di dalam hati. Tak puas hati pulak rasanya.
     Bunga dan sejumlah wang bertukar tangan. Setelah mengucapkan terima kasih, pemuda tadi keluar dari kedainya. Humaira mengeluh panjang. Tersenyum lebar. Dia rasa puas. Dia rasa bahagia. Walaupun bukan hari-hari orang datang beli bunga, tapi dia tidak kisah. Humaira lebih suka menghidu wangi haruman bunga dari menghadap komputer dan dokumen-dokumen tebal di pejabat. Walaupun pendapatannya taklah lumayan mana, tapi cukuplah untuk  bayaran makan dan tempat tinggal. Dia bersyukur, mujur  adik lelakinya  sanggup menggantikan tempatnya sebagai pengarah urusan di syarikat milik ayahnya. Dia pernah bekerja di pejabat namun hanya mampu bertahan untuk 2 hari. Murlah ayahnya seorang yang memahami dan bukan jenis memaksa. Akhirnya dia mengambil alih kedai bunga Flower Queen ini yang dahulunya milik arwah mamanya.
     “meow....meow...”
          Lamuan Humaira terhenti. Dia mencari arah datangnya bunyi kucing itu. Tiba-tiba dia rasa geli.  Dia memandang ke bawah dan matanya membulat.
        “Comelnya............!” jerit Humaira gembira. Dia memang hantu kucing. Apatah lagi kucing yang sedang cuba bermanja denganya itu ialah seekor kucing parsi bertubuh montel dan berbulu lebat bewarna perang. Diambil dan diciumnya kucing itu berkali-kali.
          “Ala, comelnya sangat...comelnya...comelnya.....!!!” Humaira menjerit lagi. Dilambung-lambungnya kucing itu ke udara. Bila dia lihat kucing itu sudah pening-pening lalat barulah dia b erhenti. Dia meletakkan kucing itu di atas meja untuk diberi minum. Tiba-tiba kucing itu terjun dan meluru ke jalanan....
          “Meow, jangan lari!” tempik Humaira. Tanpa berfikir panjang, dia mengejar kucing parsi itu.
Pada masa yang sama...
         Adam Khalis berjalan melepasi deretan kedai sambil mengeluh panjang. Bouquet itu ditenung dalam.
          “Hoi, Adam...eeiii sakitnya hati. Yang kau pergi beli bunga tu banyak-banyak buat apa. Dah la bunga lili yang kau beli sebelum ni kau bagi ikan jiran kau makan. Ni bunga ros banyak-banyak ni, nak buat apa.....apalah kau di Adam” marah Adam terhadap dirinya sendiri. Masuk hari ini, dah 30 kali dia ke kedai Flower Queen itu untuk membeli bunga, usahkan nak berbual mesra bertanya khabar, bagi salam pon.........hermmmm, haram  tak pernah!
          ‘Kau bagilah salam ke, cakap hai...itupun susah ke....’ ngomel Adam lagi. Meluahkan rasa tidak puas hati. Sedang asyik dia membebel kepada dirinya sendiri, tiba-tiba dia terlihat ke arah jalan. Dan seseorang yang berada di tengah-tengah jalan. Matanya membulat....
         “Ya Allah, Humaira!” jeritnya sekuat hati sambil berlari sepantasnya.
          Humaira mengejar kucing yang meluru ke arah jalan raya. Tiba-tiba kucing itu berhenti di tengah-tengah jalan. Dia senyum, diambilnya kucing tadi. Dipeluk dan diciumnya sekuat hati.
          “Pin..pin” Bunyi hon yang datang dari van putih mengejutkan Humaira. Matanya terbuka luas. Van putih itu sedang meluru laju kearahnya. Dia ingin lari menyelamatkan diri. Tetapi kakinya seolah-olah telah digam pada jalan  raya itu. Dia tidak mampu untuk bergerak. Dia redha sekiranya dia ditakdirkan untuk dilanggar oleh van itu. Dia mencampakkan kucing itu ke seberang jalan. Biarlah dia sahaja yang dilanggar van itu asalkan kucing itu selamat. Dia memejamkan mata. Seolah-olah menunggu untuk dilanggar. Bunyi hon itu makin kuat...
          “Ya Allah, Mai....lari!!!”
        Humaira terdengar suara lelaki menjeritkan namanya. Dia memejamkan mata. Tiba-tiba, pinggangnya dirangkul kemas seseorang. Dan mereka berguling-guling ke tebing jalan. Suasana sunyi seketika. Orang ramai hanya mampu melihat 2 batang tubuh yang sedang bergiling-guling ke tebing jalan.
         Humaira membuka matanya. Terasa pening seketika. Dia memejamkan matanya semula dan emmbukanya kembali. Rasa peningnya sudah hilang. Dia memandang sekeliling.
         “Ehem-ehem....”
        Humaira pandang ke bawah. Rupa-rupanya dia sedang meniarap dia atas tubuh seseorang. Tubuh seorang lelaki. Lebih tepat lagi, Humaira sedang meniarap di atas tubuh pelanggannya tadi. Mukanya panas. Berubah merah. Malunya tak terkata. Perlahan-lahan dia turun dan duduk di atas jalan. Tak mampu untuk mengangkat muka. Hanya merenung permukaan jalan. Mahu sahaja dia menangis. Menangis kerana bersyukur. Bersyukur kerana Allah telah menghantar seseorang untuk  menyelamatkannya tadi. Dia juga ingin menangis kerana malu. Terlalu malu kerana dia telah meniarap di atas tubuh pelanggan lelakinya tadi.
        “Ermmm, awak ok...”
       “Errmmm, Alhamdulillah ok. Thanks.”jawab Humaira pendek.
         “Erm, well, it’s ok.....Mai”
       “Saya balik dulu ke kedai. Terima kasih sangat-sangat. Hanya Allah yang mampu balas jasa awak tadi” Ujar Humaira. Humaira bangun dan menuju ke kedainya. Langkahnya tiba-tiba terhenti..
     ‘Mai...Dia panggil aku Mai. Macam mana dia tahu..Ya Allah, dia......’
       Humaira memusingkan bandannya semula,
         “Abang...abang Adam....” ujar Humaira terketak-ketar. Air matanya turun setitis demi setitis.
Mei, 2012
         Lamunan Adam terhenti apabila bahu kirinya dicuit seseorang. Dia berpaling. Seseorang sedang tersenyum manis ke arahnya. Seorang perempuan yang cantik dan manis berbaju kurung merah jambu. Adam memandang dan tersenyum manis ke arah perempuan itu.
         “Abang....” sapanya lembut.
        “Qas, bila Qas sampai?”
       “Qas baru sampai. Abang sorry tau abang kena tunggu lama. Tadi ada PIBG kat sekolah”
       “Ya, abang faham cikgu Qasrina ku sayang....” ujar Adam manja. Hidung mancung Qasrina dicuitnya. Qasrina senyum lebar.
       “Abang memang memahami..Thanks abang, I love you the most.........” ujar Qasrina. Kedua-dua belah pipi Adam dicubitnya geram.
       “Auw.........”.Adam menggosok-gosok pipinya. Qasrina hanya ketawa. Tidak semena-mena Adam teringatkan seseorang. Seseorang yang akan mencubit kedua belah pipinya dan ketawa riang seperti itu juga.
         ‘Ketawa Qas, cubitan Qas, semuanya sama sama dengan Mai..kenapa Qas mengingatkan abang pada Mai bila abang nak sangat melupakan Mai’
        “Tengok tu, mengelamun lagi. Abang teringatkan  awek kat Nigeria eh...” sakat Qasrina. Adam ketawa.
        “Ketawalah puas-puas cik Qasrina oi, sebab abang akan membawamu ke tempat yang paling cik Qasrina takuuuuuttttttttttttt sekali...bersedialah...hehe”
         “Ha? Nak pergi mana?...” soalnya cemas. Adam tersenyum. Adam mengerling dan tersenyum. Memberikan senyuman yang paling paling misteri di Malaysia.
         “Rahsia......”
        “Alaaa.......benci abang”
         Sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama 15 minit itu, Qasrina diam sahaja. Tiada tawa rianya. Dia hanya diam. Adam rasa ingin ketawa sehingga pecah perut melihatkan wajah Qasrina yang selalunya ceria bertukar menjadi panic. Akhirnya mereka tiba di sebuah rumah banglo tiga tingkat. Serta-merta Qasrina memndang ke arahnya.
         “Kita dah sampai di rumah Adam Khalis. Haha... Parents abang nak jumpa Qas...”ujar Adam bersahaja. “Jom, cik Qasrina...”
        Adam baru ingin keluar dari kereta apabila Qasrina menarik tangannya yang memaksanya untuk duduk semula.
         “Kenapa tak bagi tau Qas awal-awal. Qas belum sedia lagi.....”
        “Abang pon tak tahu. Tiba-tiba umi abang telefon suruh bawak Qas. Nak ajak lunch sama-sama.”
       “Ala, Qas takut...........” ujar Qasrina. Wajahnya seperti  mahu menangis sahaja.
         “Qas...parents abang makan nasik tau, dia tak makan orang...janganlah takut...” ujar Adam lembut.
         “Macam mana kalau parents abang tak suka kat Qas? Macam mana kalau parents abang cakap yang Qas ni busuk, gemok, ketiak masam , makan banyak, kulit berkedut..macam mana kalau parents abang cakap Qas ni tak layak untuk abang? Macm mana kalau.....”
        “Eiiii, geramnya kat anak burung murai ni...”. kali ini Adam pula yang mencubit kedua belah pipi Qasrina.
       “Dah, berhenti membebel. Berasap telinga abang nih. Jom. Ha, tengom tuh parents abang dah tunggu depan pintu tuh.
          Qasrina menundukkan wajahnya. Dia berjalan perlahan-lahan di belakang Adam. Debaran di dadanya hanya Tuhan yang tahu. Geramnya pada Adam Khalis juga hanya Tuhan sahaja yang tahu. Betapa dia ingin mencubit-cubit pipi Adam. Takut. Marah, geram, nak menangis, semuanya ada. Bercampur-baur dalam dirinya sekarang ini.
         “Lah, ada orang belakang kamu Adam?” soal seseorang. Qasrina tersentak. Serta-merta wajahnya yang selama ini asyik menunduk diangkatnya. Kelihatan seorang wanita cantik berbaju kurung dan memakai cermin mata sedang tersenyum manis ke arahnya. Di sisi wanita itu,  seorang lelaki segak berbaju kemeja dan juga memakai cermin mata sedang tersenyum juga ke arahnya.
        “Ada umi. Ni lah Cikgu Qasrina, kalau umi ngan abi nak tahu..” ujar Adam selamba.  Dia toleh ke belakang. Dilihatnya Qasrina masih menundukkan wajah. “Cikgu Qasrina oi, tak nak salam bakal mak dan bapak mertua awak ke?”
        “Hah.....” Qasrina tersentak. “Ermm, nak salam....”
         Qasrina bersalam dengan umi Adam Khalis. Kedua-dua belah pipinya dicium lembut. Tiba-tiba, debaran di dada hilang serta-merta.
        “Amboi, sejuknye tangan Cikgu Qasrina kita ni...sejuk agaknya Kota Bharu sekarang ni, ya bang” Puan Aida berseloroh. Suaminya ketawa begitu juga Adam. Qasrina hanya tersipu malu.
         “Qas, mak cik, pak cik...panggil Qas aje...”
         “Oh, Qas...tak payahlah nak berpakcik makcik...panggil aje umi ngan abi..tak gitu bang”
         “A’ah, Qas.InshaAllah kalau tak ada apa-apa, kamu akan jadi menantu kami jugak...” ujar Encik Arman mesra.
         Qasrina tersenyum lega. Barulah dia tahu betapa mesra dan baiknya keluarga doktor ini. Sebelum ini dia pernah terbaca tentang keluarga Adam Khalis di majalah. Keluarga doktor paling berpengaruh di Kelantan. Ibu dan bapanya, selain menjadi doktor pakar bius di HUSM Kubang Kerian, mereka juga merupakan pasangan motivator yang terkenal. Qasrina senyum lagi. Dia masih ingat tentang  artikel di majalah itu. Wajah mereka tampak serius dan sombong aje. Tapi rupa-rupanya baik dan mesra.
         “Apa lagi, jomlah masuk” . Suara Pn.Aida menghentikan lamunan Qasrina. Dipimpinnya Qasrina sewaktu masuk ke rumah. Qasrina mengekor aja. Dipimpinnya terus ke dapur.
          “Qas tak kisahkan, umi ajak masak sekali.”
        “Eh, tak kisahlah. Tapi Qas tak pandai masak sangat. Tapi kalau dessert Qas pandai...”
        “A’ah...umi tahu tu. Adam selalu cerita. Hari tu Qas bagi lopa...lova...alaaaa, yang ada buah strawberry, kiwi...umi suka sangat makan. Macam makan marshmallow..”
        “Pavlova la umi. Umi nak makan, Qas boleh buatkan. Senang aje...”
        “Memang umi dah beli bahan-bahannya. Tunggu Qas datang dan buat aje....”
        “Oh, macam tu ye.....”ujar Qasrina. Mereka ketawa mesra. Rasa selesa seolah-olah sudah lama berkenalan walaupun baru pertama kali berjumpa. Pn. Aida mencapai apron pink bercorak hati itu dan dipakainya ke tubuh Qasrina.
          En. Arman tersenyum mendengar hilai tawa isteri dan bakal menantu di dapur. Kedengaran mereka berbual tentang hal-hal wanita.
        “Suka sangatlah umi kamu. Dia kan nak sangat anak perempuan...nasib baik Qas tu reti melayan umi kamu yang becok tu”
         Adam tersenyum hambar. Suasananya sama seperti dia membawa Humaira dahulu. Mug berisi air nescafe itu diletakkan di depan abinya.
       “Air, abi..”. En. Arman mengangguk. Meneguk air buatan anak lelakinya. Surat khabar The Times itu dilipatnya. Cermin matanya dicabut dan disimpan rapi di atas meja. Wajah anak lelakinya itu direnung dalam. Dia mengerti perasaan Adam meskipun anaknya itu selalu tersenyum tenang.
         “Adam.....”
         “Ya, abi...” . Adam yang asyik menonton rancangan ‘1 Million Money Drop’ berpaling kearah abinya. Serta-merta televisyen ditutup.
          “Abah nak tanya Adam sikit nih...ermmmm, pasal Qasrina?”
        “Qas, abah nak tanya apa. Tanyalah...”
         “Adam, are you sure about Qasrina?”
        Adam menarik nafasnya dalam-dalam dan mengeluh perlahan.
         “I’m sure, abi. Kenapa tanya Adam macam tuh....”
          “Sebab abi ni abi Adam. Abi lebih banyak makan garam daripada Adam. Adam masih belum sedia nak lupakan Humaira...”
          “Tapi, Qasrina tu baik. Baik luar dan dalamnya. Adam kenal diri Adam sendiri. Adam dah sedia dan Adam memang cintakan Qasrina.”
          “Abah tahu Qasrina baik orangnya. Look Adam. Marriange is not as simple as ABC. Being in a ‘love-relationship’ is something different from ‘marriange-relationship’. Marriage is about to live together for the rest of your life, sharing all happiness and the warmness of each other. It’s not a playful thing…” 
          “Tu Adam tahu abi..Adam bukan budak kecil lagi.”
          “Abi tahu Qas banyak persamaan dengan dia. Tapi Qas bukan dia, Adam. Adam tak boleh hidup dengan bayang-bayang dia. Adam terseksa nanti, nak.”
          “Nothing change abi. . I’m already been hurt by her and she can’t hurt me more than she’s already done”
         “Tapi, Qasrina yang akan terluka nanti. Macam mana kalau satu hari nanti dia datang balik kat Adam. Adakah Adam akan tinggalkan Qasrina? Semata-mata nak bersama dengan dia?’
          Soalan abinya tadi betul-betul membuatkan Adam  berasa ingin menjerit.
         ‘Macam mana...macam mana kalau satu hari nanti Mai betul-betul kembali pada aku...Ya Allah, kau kuatkanlah aku dalam mengharungi cubaan ini....’hati kecil Adam Khalis mendesis.
Flasback, 20 tahun dahulu.
Mac, 1992.
          Kriiiiiiiiiinggggggggg!
          Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat. Adam menggalas beg sekolahnya dan keluar dari kelas. Dia berjalan melewati kelas satu persatu dan akhirnya berhenti di kelas 3 Amanah. Nampaknya, cikgu di kelas 3 Amanah masih belum berhenti mengajar. Dia mengintai di celahan tingkap. Kelihatan Humaira sedang khusyuk belajar. Lalu Adam pergi untuk mengambil basikalnya.
          Dia menuntun basikalnya sehingga ke pagar sekolah. Dia memakir basikalnya di luar pagar sekolah. Dari jauh dia dapat melihat kelibat Humaira yang sedang berjalan bersama kawan-kawannya. Lalu Adam menyandarkan badannya ke pagar. Kedua-dua belah tangannya disilangkan didada. Seperti hero filem aje lagaknya.
         ‘Ermmm, baru nampak cool dan macho...’
          “Erm, Humaira kami balik dulu ye...tu jiran awak dah tunggu”
          “Ok, bye...” ujar Humaira sambil melambai-lambai ke arah kawan-kawannya. Kemudian, dia  berjalan menuju ke pagar sekolah. Kelihatan Adam sedang tersenyum sambil menyandarkan tubuhnya ke pagar. Humaira senyum lagi.
         ‘Tak ada style lain ke?’ ngomelnya di dalam hati.
          “Hai, Mai.”
         “Hai, abang Adam. Sorry tau Mai lambat. Cikgu syok mengajar tak ingat dunia...”
         “It’s ok lah...jom, balik...” ujar Adam . mengerlingkan matanya ke arah basikal putih yang dipakir di luar pagar.
          “ Ermmm, tak apalah, Mai jalan aje. Abang naiklah basikal tu.” Ujar Humaira. Selalunya dia juga menaiki basikal bersama Adam. Tapi hari ini basikalnya buat perangai. Tayar bocor. Mahu-tidak mahu terpaksalah dia berjalan kaki pagi tadi. Mujurlah rumahnya tidak jauh mana.
         “Eh, mana boleh. Biarlah abang gendongkan. Pagi tadi kan Mai dah jalan...’
          Humaira menunduk. Menyembunyikan malu. Tiba-tiba Adam menarik lembut tangnnya. Meminta dia duduk di belakang.
          “Ha, kan senang. Dah, jom balik”
          Humaira diam sahaja di belakang. Tiba-tiba Adam mendapat satu idea. Dia mengayuh basikal itu perlahan dan akhirnya laju. Dia ketawa mendengar jeritan manja Humaira di belakang.
         “Mai, nak terbang tak?!” Adam menjerit. Cuba mengatasi bunyi angin yang bertiup melepasi mereka.
         “Terbang? Nak nak....macam mana?!”
        “Ok, Mai bangun dan depakan tangan. Tutup mata Mai dan Mai akan terbang......” ujar Adam. Humaira mengikut apa yang dikatakan Adam. Dia bangun dan mendepakan kedua-dua belah tangannya. Matanya dipejam. Adam  melajukan lagi kayuhannya. Terasa angin lembut menyapa pipinya. Dan dia berasa seolah-olah sedanhg terbang. Lalu dia ketawa manja. Diselang-seli dengan tawa milik Adam.           
          “Abang ni jiwanggggggggggg sangat” tempik Humaira sambil mencubit geram kedua-dua belah pipinya. Perjalan yang memakan masa selama 5 minit itu berakhir. Mereka telah tiba di rumah masing-masing.
          “Ok, Cik Humaira kita dah sampai.”
         “Terima kasih abang Adam...”
          “Mai, kalau abang cakap sesuatu jangan marah tau.....”
         “Ermmm, cakaplah...”
          “Tayar basikal Mai, abang yang bocorkan...” ujar Adam. Dalam sekelip mata sahaja dia sudah hilang. Sudah masuk ke dalam rumah. Humaira ketawa.
          “Abang Adam ni baru darjah lima dah gatal...” ngomel Humaira.
Sekarang.
Mei, 2012.
          “Adam tolong hulurkan ayam tu untuk abi”
       Sepi....tiada respons dari Adam. Qasrina memandang Adam yang seolah-olah hilang dalam dunianya yang tersendiri. Dia mencuit bahu Adam.
         “Abang, ngelamun lagi eh?”
         Adam seolah-olah tersedar.
         “Apa....” soalnya bingung. 6 pasang mata sedang merenungnya dengan muka yang penuh tanda tanya.
         “Tolong hulurkan ayam tu pada abi...” kata Pn Aida.
          Adam menguis-nguis nasi di pinggannya. Selera makannya hilang tiba-tiba. Tiba-tiba terasa kakinya ditendang. Dia lihat Qasrina sedang tersenyum nakal ke arahnya. Dia lihat Qasrina sedang menggerakkan bibir mulutnya....
         “I love you”
        “I love you too...” Adam juga menggerakkan bibir mulutnya.
          ‘Humaira’ sambung Adam di dalam hati.